Tuesday, September 7, 2010

BALIK KAMPUNG : BUDAYA BERCAKAP POLITIK

Dunia sekali lagi  menyaksikan anak – anak perantauan akan kembali ke lubuk hati keluarga tersayang menjelang Hari Raya Aidil Fitri.
  
Sebagai seorang insan yang bermaklumat tentang perkembangan  politik negara semasa diperantauan  sewajarnya inilah medan terbaik menyampaikan kepada saudara mara, rakan taulan sebagainya sebagai tanda kita adalah duta – duta rakyat yang cintakan keadilan dan kebenaran.

Mantapkan kepakaran masing – masing dengan dengan lunak dan berhemah secara bersantai semasa bersama – sama dengan mereka kerana ` gigi dan lidah ` ini mampu mengugat kerajaan yang besar.

Ingatlah bahawa negara kita tidak adil sejak azali lagi ....jika adil sudah lama bukan umNO dan Bn yang pemerintah Malaya ini.

Dengan tenang mengingatkan apa – apa pun yang disampaikan mestilah lunak dan elakkan emosi kerana setiap emosi itu akan menghilangkan rasional perbincangan kerana pihak pendengar hanya nampak emosi semata – mata. Begitu juga jika terlalu banyak ` joke `pendengar juga akan tenggelam isu yang dibangkitkan kerana mereka hanya nampak lawaknya  sahaja.

Elakkan budaya malu tak bertempat kerana kini orang asli juga telah bijak bermaklumat. Jika kita malu kita di ibaratkan seperti seorang guru yang ` first time ` mengajar di perkampungan orang asli dulunya melihat anak – anak gadis sunti mereka mandi tanpa pakaian. Kata cikgu ini tadi ` hey…tak malu ke mandi tanpa pakaian `…kata pula gadis – gadis ` apa nak dimalukan orang yang tengok yang malu ` maka ` terkanjei ` cikgu ni tadi.

Perjuangan menegakkan kebenaran melawan kebatilan katanya tidak boleh berhenti selagi manusia itu masih diberi peluang untuk hidup.

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, kekalahan adalah motivasi untuk terus berjuang lebih kuat bukan berpatah semangat.Biarpun kalah dari sudut undi,namun Pakatan Rakyat tetap menang dari aspek moral.

Selagi hidup kita di muka bumi ni masih ada, perjuangan menegakkan syiar Islam mesti diteruskan, Nabi Muhammad saw berjuang selama 23 tahun dan ia harus diteruskan dalam semua aspek.

Sokongan pelbagai kaum kepada Pakatan Rakyat jelasnya cukup membuktikan Pakatan Rakyat adalah wadah terbaik rakyat negara ini.

Selain itu kekalahan itu menurutnya menjadikan ikatan antara parti dalam Pakatan Rakyat semakin kukuh berdepan Pilihan Raya Umum akan datang.

Teman kagum dengan kenyataan terbaru Mursyidul Am ini juga ingin mengingatkan diri teman sendiri bahawa perjalanan kita masih jauh dan ianya memerlukan komitmen dan pengorbanan tinggi seluruh pendokongnya.

Dalam pada itu kebimbangan kita kerana ada segelintir pendokong jamaah Islam ini tidak serius dan hanya bangga menjadi anggotanya sahaja.Kita lihat sejenak bahawa banyak isu mutakhir negara memihak kepada Pakatan Rakyat dan Islam itu sendiri.Sejauh mana kita yang mengaku memperjuangkan kesuciaan Islam ini dan berusaha memberikan maklumat dan penerangan kepada masyarakat.

Teman teringatkan apa yang pernah ditulis oleh Tuan Haji Subky Latif dalam suatu artikel bahawa Islam tidak akan menang selagi solat Subuh tidak seperti solat Jumaat.Ini mengambarkan bahawa kerja amal islami memerlukan kekuatan diri dan mental.

Terdapat ada diantara kita hanya bersemangat bercakap isu semasa hanya dikalangan sesama sendiri di markaz,masjid, surau sahaja, bila berdepan dengan mad`u atau masyarakat ada diantaranya mengelakkan diri dari bercakap kebenaran.Malah kalau kita peka terdapat banyak artikel dan isu semasa dalam internet yang boleh ambil untuk sebaran kepada masyarakat.

Ada juga kes didapati seseorang yang bersemangat suka memulakan isu di masjid, kedai makan sehingga menjadi panas....tetapi selepas itu hamba Allah ini angkat punggung lalu meningallkan tempat dan melepaskan baton untuk membiarkan dikalangan yang kurang bermaklumat menjawab bagi pihaknya.

Berdasarkan pengalaman teman masih ada dikalangan anggota jamaah termasuk kepimpinan rasa malu dan tiada inisiatif untuk mengambil kesempatan menterjemahkannya dalam bentuk tindakan untuk edaran ditengah – tengah masyarakat.

Malang bagi kita yang mengaku beriman dan yakin dengan perjuangan hanya mampu   mengucapkan tahniah sahaja.Kebanyakan bahan bercetak seperti risalah,buletin yang yang diterima untuk edaran kepada rakyat,masyarakat dan pengundi hanya berani kita edarkan dikalangan anggota sendiri malah ada juga yang dijumpai terperosok, ` tereban `  [  loghat Perak bermaksud : bersepah – sepah ] dan terbiar di markaz – markaz tanpa siapa peduli untuk mengedarkan kepada masyarakat tadi.Oleh kerana tanpa maklumat akhirnya masyarakat terus dilanda dungu dan sangsi kepada perjuangan Islam ini.Ini adalah salah kita sebenarnya.Ingatlah ` information is power `.

Ada dikalangan pimpinan juga hanya bijak berpidato,berseminar,berkertas kerja,berdiskusi dan sebagainya,tetapi turun ke bawah dengan alasan demi alasan.Terkadang – kadang  yang dapat hanya ` political mileage ` semata – mata.Juga ada diantara mereka gah dengan jawatan dan mewah dalam tindakan.

Pimpinan yang terbaik ialah pimpinan yang mampu melahirkan.Idola teman ialah Cikgu Abdul Wahab [ Pimpinan PAS Kedah ] yang ditendang kesana kemari mengajar jauh dan dekat mampu menubuhkan cawangan sehingga mengerunkan lawan.

Kita hanya pandai menyalahkan orang lain menggunakan media,ajensi kerajaan dalam memberikan penerangan batil mereka,tetapi kita hanya bangga menjadi penonton setia dan mencemuh diatas tindakan mereka.

Rebutlah peluang ini dan kerana sebenarnya rakyat dan masyarakat ramai merindui sentuhan kita dan bukannya retorik kita.Giatkan kempeni budaya bercakap kebenaran dan bercakap politik  kerana kita semua adalah duta - duta ditengah - tengah masyarakat.

Yakini bahawa ` yang batil akan pergi apabila datangnya kebenaran `.

0 comments:

Post a Comment

No comments:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More