Thursday, September 23, 2010

BUTANG BAJU MELAYU

Diatas beberapa permintaan dari peminat dengantenang ini, teman keluarkan kembali   posting teman  yang yang lalu bertajuk ` Butang Baju Melayu ` dengan sedikit tambahan bagi memurnikan lagi ceritanya.
Dalam dialog diantara Jamil dengan isteri pertamanya Kak Tipah lakunan P.Ramlee dan Zaharah Agus dalam filem ` Madu 3 ` adalah berkaitan.
 Si Jamil bergegaskan  diri untuk ke majlis akad nikah kali ke 2nya dan memekik kepada isterinya Tipah yang asyik bermain mahjung bertanya dimanakah butang baju melayunya. Isterinya berkata ` apa lagilah si tua ni... gua nak main pun tak senang !.
Si Jamil tidak puas hati lalu bertanya lagi ` butang baju melayu aku mana daa….dah tua pun bodohhh.
Mutakhir ini lihat bahawa semakin hari kekuatan melayu berada di penghujungnya usia, malah hak milik melayu semakin terhakis dan membimbangkan.
Kebimbangan ini datang kerana retorik pemimpin melayu yang kononnya memperkasakan agenda melayu sebenarnya ada ` buah keras disebalik lesung ` ataupun ada ` invisible man ` disebalik Altantuya & Sosilawati dan simbolik slogan ` melayu leka hilang kuasa ` juga retorik.
Melayu sudah hilang kemelayuannya….bakkata Cikgu Azmi, Presiden TERAS bayangkan kalau di kampung yang tanahnye subur dan luas, tapi bila nak memasak atau menumbuk sambal  terkadang – kadang riuh  sekampung ` peroshah ` suruh anak yang sedang khusyuk menonton astro dan melayani facebook  membeli cabai  atau cili ke kedai cina  kerana kesukaannya wanita melayu banyak pokok bunga, bonsai, taman ikan koi daripada sayur yang boleh dimakan. Ini realiti.
Bila tersebut facebook ni…teman nampak semua pakat – pakat nak buat facebook dari orang tua, makchik – makchik, anak – anak kecil malah dikalangan ustaz – ustaz dah ada sendiri FBnya. Hebat – hebat. Bagus tu bagus le…tapi yang teman nampak banyak yang ` lagho`dari waktu sembahyangnya…kadang – kadang bermanja dengan suami pun nak cerita kat orang lain…buat apa`….tak cukup dengan itu tunjukkan gambar si isteri sangkutkan kepalanya kat dagu suaminya. Itu pun nak cerita kat orang lain….sendiri sayang atas katil ….sudah la. Nak terlentang ke, nak terbalik ke, nak tertiarap ke….sendiri mau ingat la.
Si isteri berfacebook dengan suami orang dan si suami berfacebook dengan isteri orang pula…. Itulah dikatakan kombinasi mantap lagi padu dan dikatakan interesting dan sporting. Elok le tu...itu yang YAHUDI suka tu.
Maafkan bahasa teman….bukan marah tapi geram.
Terkadang – kadang apa yang Dr. Abdul Basit Abdul Rahman ceritakan penyakit berfacebook ini ada kebenaran. Berpatut – patut le….jangan berlebih – lebih….tapi nak bagi duit  bior le....berlebih – lebih.
Sebelum ini so sek… so sek orang selalu menyebut bahawa melayu seolah – olah  akan tinggal 3 atau 4  gahnya sahaja lagi, iaitu askar melayu, keretapi tanah melayu, baju melayu dan teman tambah butang baju melayu. Malah bahasa melayu bahasa ibunda juga telah aipkan oleh bangsanya sendiri.
Betul juga apa yang dicakapkan oleh Tuan Guru Nik Aziz….tiada apa yang hebatnya melayu….yang hebatnya ialah Islam…kalau nak bandingkan dengan orang arab, tapi arab pun kena tengok – tengok jenis arab juga…kalau asyik perhabiskan duit beli kelab bolasepak Inggeris ataupun berpoya – poya di Las Vegas, Monte Carlo, Haadyai dan sangkut helang kat bahu dan pakai ` lilit ager ` dikepala diapit gadis – gadis tak berjenis….itu dah tentu arab jenis yang tak berjenis.
Mengenai hubungan baik Malaysia dan Singapura.Semua pihak sedar bahawa kerjasama dan hubungan diplomatik yang baik di antara Malaysia dengan Singapura merupakan satu keutamaan.
Rakyat menyaksikan bahawa dulu perbincangan apa sahaja isu diantara Malaysia dengan Singapura selalunya memihak kepada negara jiran itu. Isu keluarnya Singapura dari Malaysia,isu pasir, isu tanah, isu air dan sebagainya.
Semua pihak mengharapkan supaya penyelesaian isu tanah milik Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di Tanjung Pagar harus didasarkan kepada prinsip ketelusan terutamanya apabila ianya membabitkan kepentingan nasional dan khazanah negara.
 Rakyat menghargai kepentingan hubungan antara kedua negara ini terutamanya menyangkuti bidang ekonomi dan pelaburan serta usaha berterusan bagi menyelesaikan isu berbangkit.
Dalam isu tanah milik Keretapi Tanah Melayu Berhad yang selama ini menjadi pertikaian di antara Malaysia dan Singapura telah diselesaikan.Kononnya dikenali sebagai “penyelesaian muktamad” agak mengejutkan kerana s beberapa persoalan berkaitan kepentingan negara di negara jiran itu adalah lebih rumit dan harus ditangani dengan bijak serta teliti.
Pemimpin mesti berani dan menjiwai perasaan   kepada kepentingan rakyat. Jangan mewariskan  ` gigi dan lidah ` untuk generasi akan datang. Biarlah usia Umno yang ke 64 itu mematangkan kepimpinan dan bukannya seperti ` si tua ` yang lupa diri untuk habuan diri dan kroni yang akhirnya hanya tingal ` butang baju melayu ` sahaja di tanahair sendiri.

Jadikan kamu melayu yang berjenis dan berpegang kuat kepada kepada agama…agama kuat maka melayu dengan sendirinya kuat.

Yang pastinya melayu  tinggal hanya askar melayu, keretapi tanah melayu dan butang baju melayu…itu pun kalau dipanggil baju melayu, tapi kalau  baju raihan, maka selepas ini disebut butang baju raihan pula sepertimana ikan temenung disebut ikan Uji Rashid disetengah tempat.

0 comments:

Post a Comment

No comments:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More