Masa berlalu begitu pantas dan cepat. Tanda akhir zaman dan dunia telah sampai penghujungnya.
Tot tet tot tet kini dah masuk hari ke lima kita menyambut Syawal bahkata penyanyi Ramli Sharif dengan lagu ketuhanannya ` apakah engkau melihat detik menjadi kuat….detik menjadi kuat .....apakah yang engkau fikirkan `.
Bagi yang memahami erti Syawal dan hari raya maka detik ini merupakan advantage untuk mengeratkan hubungan silatulrahim sesama insan.
Mata dapat melihat disana sini rata – rata berwajah cantik dengan dihiasi pakaian yang indah – indah tetapi masjid dan surau kembali fitrah asalnya seperti sebelum Ramadan kembali sunyi dan akan bertemu pada Terawih yang akan datang. Melayu sesungguhnya cepat dan mudah lupa. Tarbiyyah Ramadan hanya untukmu Ramadan sahaja. Terkadang – kadang yang lahirnya diberikan nama Ramadan pun mempunyai ` feel ` yang sama. Yang bernama Syawal apatah lagi.
Nabi Muhammad saw menjelaskan Hari Raya bagi setiap orang beriman ada pada 5 perkara diantaranya jika sekiranya kita tidak melakukan sebarang dosa pada sesuatu hari, itu adalah hari raya bagi kita. Kalaulah kita berusaha sungguh-sungguh menghindarkan diri melakukan sebarang dosa dengan menjauhi larangan Allah serta mematuhi segala perintah Allah, hari itu adalah sebenarnya hari raya bagi kita.
Bagi yang terkenal dengan lekanya terus leka dibuai keseronokan berhari raya hingga ada terkandas melakukan dosa dan maksiat seolah – olah doa mereka mahukan bulan puasa bergerak pantas dimakbulkan kerana bulan ini sering mengekangkan dan menganggu pergerakkan nafsu yang terbuku.
Siaran television pula seperti teman kisahkan gelagat mereka sebelum ini terus melalaikan tumpuan kekeluargaan kerana ramai yang meraikan siaran filem yang disajikan daripada mempedulikan serta menyajikan tetamu beramah dengan mesra sebagai tanda kunjung mengunjung.
Teman terus hairan untuk apa Astro sibuk promosi cerita-cerita seram yang ditayangkan di saluran – saluran mereka. Bayangkan manusia lebih banyak dipertakutkan dengan makhluk – makhluk macam tu dari di pertakutkan dengan azab Allah swt...Syaitan, iblis lebih tinggi darjat sampai dipromosikan dari ilmu Allah yang disorok dan tak didedahkan kepada semua..renungkanlah….itu belum disebutkan rancangan lawak jenaka yang bodoh daripada cerdik bagi mengembangkan minda rakyat dan sebagainya,
Ingatlah bahawa hari ini kita berhari raya bukannya hari hantu raya.
Mungkin pengarah filem dan drama masih fobia ataupun mungkin masih traumadengan Altantuya ataupun kes – kes pembunuhan dalam negara yang tak ada kunjung penyelesaianya yang melibatkan pembesar – pembesar negara.
Teman minat drama bersiri Indon tu…` Para Pencari Tuhan `…dan terus terang meminati watak Aya dan orangnya iatu lakunan Zaskia A. Mecca tu.
Teman juga ucapkan tahniah kepada pengantin baru dan pengantin lama yang dibarukan sempena majlis perkahwinan mereka dalam Syawal ini. Bagi teman yang mampu elok – elok le…dikahwinkan segera kerana negara kita terdedah dan terkenal dengan maksiatnya….yang tak mampu pula perbanyakan berpuasa kerana negara kita juga terkenal dengan dorongan maksiat beragenda yang tak mampu dikawal oleh kemaluan masing – masing.
Tuan kadhi selalu menasihatkan kedua - dua mempelai agar memberi keutamaan kepada kehidupan beragama dan juga menasihatkan agar kedua - duanya menjalankan tanggungjawab dengan baik.Hadis Nabi ada menyebutkan bahawa syaitan akan menangis apabila ada anak Adam yang bernikah secara benar.,,ibubapa akan rasa terharu apabila melihat anak yang dididik menjadi seorang yang telah ada tanggungjawab baru..pesan tuan kadhi juga bahawa bernikah itu adalah salah satu Sunnah Nabi, tapi mesti ingat syaitan akan kembali suka dan gembira kerana pintu – pintu maksiat terlopong luas dalam negara yang terkenal 1Malaysia dan Islam Hadhari ini.
Syaitan akan kembali menangis jika undang dan peraturan Islam ditegakkan.
Mudah-mudahan hariraya yang kita hadapi ini tidak berakhir di sini saja, sama-samalah kita berdoa semoga ia berterusan sehinggalah kita berjaya melepasi sakratul-maut, titian siratul-mustaqim, menjadi penghuni syurga dan akhirnya mengadap zat Allah Taala di syurga kelak.
0 comments:
Post a Comment