Dulunya dunia kagum kepadanya,termasuk teman.
Siapa berani membangkitkan isu panas gejala murtad mengancam negara, tetapi beliau berani. Siapa berani membangkitkan budaya bollywood yang keterlaluan ,tetapi beliau berani....siapa berani membangkitkan isu pemujaan tugu negara tetapi beliau berani.
Teman kagum.
Teman bukan sahaja kagum, malah bersama beliau mempertahankan isu – isu yang dibangkitkan.Teman bersama dalam isu ura – ura orang Islam akan dibaptis disebuah gereja di Ipoh. Teman juga berucap dalam satu demontrasi membantah kenyataan pimpinan Parti Gerakan memperlecehkan institusi Raja – Raja di Ipoh.
Teman juga diantara yang membantah dalam suara – suara sumbang bahagian umNO dalam perak yang mahukan beliau dilucutkan jawatan sebagai mufti.
Jika ada puak – puak teman cuba memperlecehan tokoh ini teman akan melenting mempertahankannya…silap – silap mungkin termakan penangan ` penampor ` teman. ..taasubnya teman kepadanya.
Teman bertambah kagum.
Setelah satu demi satu seminar atau apa sahaja program yang melibatkan beliau hadir,maka jiwa teman sudah sangsi kepadanya.Dimana peserta program yang kelihatan dilihatnya maukan Islam,beliau bercakap Islam yang syumul, tetapi bila pesertanya dikalangan yang kurang islamik, maka jawapannya sebaliknya pula.
Teman terus keliru.
Kekeliruaan teman semakin memuncak selepasa keputusan Pilihanaraya Ke 12 yang lalu, beliau bertindak sebagai duta – duta umno terserlah dalam pembentukkan kerajaan Negeri Perak.Teman semakin meluap marahnya kepadanya....tindakan beliau itu seperti lagak ` Penghulu Hujung Jambatan ` dalam filem ` Nujum Pak Belalang ` yang mencari kurniaan sultan.
Ramai kawan – kawan teman luar Perak kagum dengan beliau....soalan yang mereka sering tanya ialah bertuah Perak dapat mufti yang tegas. Teman tersenyum sahaja tanpa komen….teman tak nak campor…..!. Kerana teman menaruh harapan kepadanya.
Teman terus bertambah keliru.
Teman terus bertambah keliru.
Dulu ada Malaysiakini melaporkan, Mufti Perak Harussani berkata, bahawa "orang yang sokong penggunaan nama Allah oleh bukan Islam, tidak beriman"
Malah, Mufti ini turut menuduh PAS sebagai tidak beriman kerana PAS membuat ketetapan bahawa tidak ada halangan untuk masyarakat bukan Islam untuk menggunakan nama Allah.
Nampaknya, Mufti telah meletakan dirinya dalam keadaan dimana beliau telah menuduh orang lain tidak beriman; dan kalau orang tersebut sebenarnya beriman, maka kufur itu kembali kepada dirinya sendiri.
Kemarahan ini lebih tidak terkawal apabila beliau sanggup menjadi perkakas ruang dapur umNO dan duta parti usang itu untuk mengajak PAS bersatu dengan umNO diatas perpaduan melayu.
Dulunya isu memalukan lagi sanggup beliau menyelamatkan politik DS Zambry yang melakukan terang – terang khurafat dengan menaikan pemujaan tiang seri di Manong beberapa bulan yang lalu dengan menyatakan ` tidak syirik ` kerana dalam kedaan tanpa niat.
Jika itu bagai dikata….adakah selepas ini samada yang bernama Zambry atau sesiapa pun diprogramkan meletakan ` kavadi` diatas bahunya dalam perayaan Thaipusam dianggap tidak salah kerana tanpa niat juga….` weil…weil…weil `
Jawapan menyelamatkan diri dan wibawa sesorang untuk kepentingan tertentu kini sudah menjadi trend tokoh – tokoh agama di Malaysia. Didalam kubur nanti selalu simati selalu ditalkinkan orang keatasnya. Seolah – olah ayat telah diubahkan kepada `…..jika datangnya malaikat kepada kamu janganlah kamu takut, gentor dan cuak….jawablah dengan lidah yang fasih kerana amalan yang jahat yang kamu lakukan itu semua tanpa niat dalam erti kata ` terpaksa `.
Teman masih menaruh harapan, supaya beliau kembali ke landasan yang sebenarnya kerana kemashyuran, penghormatan dunia ini yang kosong semata – mata. Teman faham beliau lebih memahaminya....kerana jawatan itu bukannya aksi pelawak sarkas, tetapi satu izzah yang perlu diperjuangkan kemuliaannya.
Terbaru cadangan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat agar diadakan majlis pertemuan dan dialog antara agama bagi menangani masalah sosial mendapat reaksi berbeza dari kalangan para ulama.
Bekas Mufti Perlis Dr Asri Zainul Abidin yang bersetuju dengan cadangan itu menyifatkan pendekatan tersebut langkah baik dalam membawa mesej keharmonian antara kaum.
Bagi Mufti Perak ini tadi pula berpandangan dialog tidak perlu dan disifatkan sebagai ‘tidak berfaedah’. Katanya, sesetengah isu yang diketengahkan kurang sesuai memandangkan hukum halal haram itu digunapakai oleh agama Islam.
Malah beliau turut mempersoalkan tindakan hasil dari perbincangan mengenai isu pergaulan bebas itu yang meruntuhkan moral dan akhlak hingga membawa kepada gejala sosial.
“Judi arak bagi agama lain tiada apa-apa, hanya dalam Islam yang diharamkan ke atas umat kita. Jika nak bincangkan tentang arak apa akan jadi? Tak kan kita mahu angkat tangan dan undi tanda setuju? Apa pula faedahnya kita bincang urusan keruntuhan akhlak? Apa pula tindakannya selepas itu?” soal beliau.
Beliau turut merujuk kepada kedudukan Islam dalam Perlembagaan Persekutuan yang tidak boleh dipertikaikan lagi.... “dalam negara kita sudah letak perlembagaan bahawa Islam itu agama rasmi. Nak bincang buat apa lagi? Jika nak bincang isu khalwat
Teman nak tunggu komen beliau mengenai replika Najib yang tersergam indah di Kuil Hindu di Batu Caves tu….teman tak nak dengar jawapan politik atau retorik…jawapan itu mesti berasaskan dengan hukum….teman tunggu.
Difahamkan bahawa `Thaipusam ` itu sempena dewa lelaki bertemu dengan kekasihnya dewa perempuan…maka elok juga replika Rosmah disebelah replika Najib sebagai tanda cintanya sehingga sanggup membiarkan kekasihnya memboroskan wang negara ber ` shopping `nya ke luar negara….ha ha ha…
0 comments:
Post a Comment