Sunday, January 30, 2011

CIKGU MALA DAN SUAMI : CONTOH TERBAIK ORANG YANG BERJUANG

Keputusan Pilihanraya DUN Tenang akan diketahui beberapa jam dari sekarang….jika Cikgu Mala didapati kecenderungannya akan menang….maka keceriaan berita dan infonya turut hambar dan lewat.., tapi sebaliknya jika Bn menang, maka heboh pula 1 Malaya….inilah demokrasi di Malaysia.
Teman nak entri kali ini bukan kerana pilihanraya itu….tapi teman nak tumpang bangga dengan kalian bahawa Cikgu Mala memiliki seorang suami iaitu Cikgu Makrof Abd Mutalib yang sentiasa berada disisinya bagi mencetuskan semangat perjuangan yang kental menghadapi situasa yang mencabar.
Tahniah Cikgu Mala dan Tahniah Cikgu Makrof….semoga Allah berikan sinar dan keberkatan kepada kalian.
Teman bukan apa dah banyak teman perhatikan …beliaulah satu – satu teladan yang baik dalam sebuah keluarga yang berjuang.
Ada teman perhatikan dikalangan pimpinan atasan cakap, motivasi, ceramah, ungkapan berdegar – degar tapi isteri masing – masing hanya berjuang menyediakan pakaian, makan minum dan habuan tidor malam di rumah sahaja….kalaulah nak jumpa pun isteri pimpinan tunggulah kot – kot majlis perkahwinan, hari keluarga ataupun hari – hari raya…itu pun datangnya mereka dengan penuh gaya dan gahnya….suami mereka pembesar katakan…ha ha ha.
Lebih kecewa lagi jika ada isteri pimpinan yang suami berjuang dihadapan saf hadapan samada bernama pusat, negeri, kawasan, cawangan tapi isterinya pula orang kuat KEMAS, wanita umNO dan sebagainya….malah banyak pula yang isteri masing langsung tak ambil tahu….ini lagi haru.
Ada juga satu kes yang isterinya pula berjuang dalam jamaah, manakala suaminya pula berjuang mengilapkan ` keris ` umNO….macam – macam hal…jawabnya tak dapat ` upah malam ` le..iatu bantal peluk.
Ada satu cerita nama pun cerita….kisah seorang muslimat yang aktif dalam kerja – kerja jamaah….tapi sudah acap kali tidak disenangi oleh suaminya….akhirnya muslimat tadi menulis satu  surat perletakkan semua jawatan dalam parti dan kemukakan surat salinan perletakan jawatannya kepada muslimat negeri, muslimat kawasan, muslimat cawangan dan salinan juga kepada suaminya….teman baca surat tu dan ketawa sorang – sorang….kesian teman tengoknya bila tak dapat suami yang berjuang….akhirnya muslimat ini tadi hanya duduk ` terperosok ` didapur untuk menguruskan makan minum keluarganya sahaja.
Teman kagum dengan pengorbanan mereka berdua tadi kerana mereka bukan macam Ustazah yang terkenal ` cakar harimau ` tu yang selalu masuk TV dengan suaminya itu….sampai atas katil pun nak ` habaq mai ` kat orang….depa tu berjuang  jugak tapi berjuang cari makan punya.
Wanita Islam taat kepada suaminya bukanlah kerana didorong oleh perasaan rendah diri atau terpaksa, tetapi ia diterima dengan ikhlas hati dan suami diletakkan sebagai pembimbing terbaik. Asma binti Yazid seorang wanita Ansar yang mahsyur, terkenal kerana kepetahan berbicara telah mengetuai beberapa orang wanita untuk memberitahu Rasulullah s.a.w akan kekecewaan mereka kerana kelebihan ganjaran kepada lelaki. Beliau mempersoalkan bahawa lelaki mempunyai peluang lebih untuk mendapat pahala melalui solat jumaat, solat jamaah, menziarahi orang sakit, menghantar jenazah dan melibatkan diri dalam jihad. Sedangkan kaum muslimah tidak dapat melibatkan diri secara sepenuhnya ke dalam amalan-amalan tersebut. Rasulullah s.a.w memberikan jawapan yang sangat mudah tetapi mempunyai makna yang sangat tinggi, iaitu jika wanita tersebut menyintai suaminya, menggembirakannya dan mentaatinya, ia juga akan menerima ganjaran yang sama seperti yang di dapati oleh lelaki.
Seorang isteri yang beragama Islam amat mengambil berat akan kesihatan jiwa suaminya di samping menjaga keselesaan hidupnya. Muslimah mesti menjadi pendorong dan penyokong dalam perjuangan suaminya. Berkorban apa saja demi perjuangan Islam. Janganlah isteri pejuang Islam menjadi sebab kepada gugurnya suami dari medan perjuangan Islam. Janganlah memberatkan suami dengan perkara remeh-temeh. Jika boleh, urusan yang dapat diselesaikan sendiri, selesaikanlah secara sendiri. Mereka juga hendaklah melatih diri sebagai isteri yang cekap dalam pengurusan rumahtangga, mempunyai keyakinan diri dan mempunyai matlamat hidup ke arah melahirkan generasi Al-Quran.
Ummu Sulaim biti Malhan ibu kepada Anas bin Malik mempunyai anak lelaki yang sakit tenat. Sedang suaminya solat Asar di masjid, anak mereka meninggal dunia. Ia tidak memanggil suaminya, sebaliknya menunggu sehinggalah suaminya pulang. Ketika pulang, suaminya membawa beberapa orang teman. Ummu Sulaim menahan dirinya dan menyediakan makanan untuk tetamunya. Kemudian apabila ditanya oleh suaminya akan kesihatan anaknya, ia menjawab lebih sihat dari sebelumnya. Tetapi setelah keadaan tenang, barulah diberitahu keadaan yang sebenarnya. Demikianlah contoh seorang isteri dan ibu yang tenang dalam menghadapi keadaan yang gawat.
Ketaatan kepada Islam menjadikan wanita Islam ibu yang baik.Sebagai seorang ibu yang terlibat dalam harakah Islamiyyah, seawajarnya mereka menjelaskan kepada anak-anak tentang penglibatan mereka tersebut, yakni tuntutan terhadap mengintimakan (menyertai) jamaah Islam, supaya anak-anak mereka faham kegiatan-kegiatan ibu mereka yang mungkin sedikit sebanyak menjejaskan peranan mereka sebagai ibu di dalam dunia rumahtangga. Muslimah seharusnya menanamkan sifat berdikari kepada anak-anak mereka sejak kecil.
Begitu juga mereka sewajarnya menjadi seorang ibu yang dapat meniup roh perjuangan Islam ke dalam diri anak-anak. Seharusnya ibu-ibu muslimah sentiasa mendedahkan kepada anak-anak setiap aktiviti dalam kegiatan harakah. Anak-anak patut dibawa bersama-sama menghadiri rehlah, perkhemahan, jambori amal, ceramah dan muktamar mahu pun lain-lain program parti dan jamaah.

Kita jangan jadi seperti Najib dan pemimpin umNO... makan bersuap ke mulut isteri pun nak tunjuk kat tv bagi 1 Malaysia tahu....tapi di luar sana suapkan sesuatu ke mulut orang lain.

0 comments:

Post a Comment

No comments:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More