Tarikh lahir tok guru Nik Abdul Aziz adalah, 10 Januari 1931....nampaknya....hari ini bertambah lagi umur Tok Guru Nik Abdul Aziz. Mudah-mudahan diberi keberkatan hidup dalam usaha terus menerus dalam memperjuangkan islam….InsyaAllah.
Kata-kata yang pernah diungkapkan oleh Hujjatul Islam, Al Imam Al Ghazali apabila beliau membicarakan tentang usia manusia. Katanya usia yang telah ditetapkan oleh Allah bagi setiap manusia adalah merupakan modal untuk dirinya beramal. Maka terpulanglah kepada diri seseorang itu menggunakannya. Jika digunakan sebaiknya maka beruntunglah dirinya di akhirat kelak sementara jika tidak maka rugilah dirinya di akhirat kelak.
Teman mengingatkan diri teman dan sahabat- sahabat sekalian….juga kepada pembesar – pembesar negara bahawa kuasa umur ini menyedarkan dan memberikan kita semangat untuk kembali mengoreksi amalan kita sehari-hari agar tidak lari dari matlamat hidup mencari redha Allah SWT...kerana kita sendiri tidak tahu sekadar mana modal yang diberikan oleh Allah untuk kita lalui sepanjang kehidupan ini. Ada yang diberikan Allah sekadar 20-30 tahun sahaja. Ada yang diperuntukkan lebih lama hingga 100 tahun lamanya. Sabda Nabi: Umur ummatku adalah antara 60 ke 70
Justeru apa yang patut kita perhatikan bukannya selama mana kita hidup di dunia ini namun sebanyak mana amal yang dapat kita lakukan dalam kita melaluinya. Imam-imam dan tokoh-tokoh besar Islam suatu masa dulu seperti Imam Syafie, Imam Nawawi dan lain-lain kebanyakannya tidak dikurniakan Allah umur yang panjang namun sumbangan mereka terhadap Islam cukup besar dapat dilihat pada hari ini.
Betapa berkatnya usia yang Allah kurniakan kepada mereka. Begitulah juga halnya dengan diri kita. Walaupun mungkin kita tidak mampu untuk menjadi seperti mereka. Menyumbang seperti mereka namun kita masih mampu dan berdaya untuk meneruskan hidup ini dengan panduan hidayah daripadaNya. Sama-samalah kita berdoa ke arah itu.
Allah berfirman “Masukkanlah hambaku ini kedalam syurga dengan rahmatKu” namun segera di pintas oleh si hamba Allah tadi “bahkan dengan amalku (amalan dia beribadat selama hidupnya)” Lalu Allah memperkenankannya lalu amalnya kembali ditimbang dan akhirnya melayakkannya untuk masuk ke neraka. Lalu segera si hamba Allah ini memohon keampunan agar dia kembali dimasukkan kedalam syurga Allah dengan rahmat Allah SWT.
Walau sebanyak mana pun amal yang kita lakukan, kita tetap mengharapkan rahmat dan kasih sayang Allah dalam menentukan apakah nasib kita di akhirat kelak. Apatah lagi, kita sendiri tidak tahu bilakah lagi kita akan dijemput oleh Allah mengadapNya di akhirat kelak.
KEPADA PEMIMPIN - PEMIMPIN YANG ZALIM YANG ADA DI MUKA BUMI INI….bahawa kesombongan dan kekuasaan yang kamu miliki ini hanya sementara….sesungguhnya kekuasaan kamu akan lenyap apabila sampai waktunya….hanya Allah sahaja yang mengetahuinya.....Jika kunci umur ini kamu yang pegang....maka silakan membuat maksiat dan dosa yang terhidang luas buat kamu....TAPI INGAT....janji - janji Allah.
0 comments:
Post a Comment