Kita bukan seperti mereka.
Malangnya ramai orang yang menyebut Allahu Akbar sebagai satu tradisi sahaja….inilah masalah besar yang berlaku di kalangan umat Islam sejak kebelakangan ini.
Paling kita kecewa lagi banyak masjid maka lagi banyak laungan takbir….bagus …tapi masjid hambar, sunyi dan disekat untuk memperkasakan laungan agung itu…..retorik dan itu tanda – tanda akhir zaman dan kehancuran dunia semakin dekat.
Kali ini teman nak menulis berkaitan dengan takbir kerana teman perhatikan [ dengan izin ] banyaknya bertakbir tapi kerja – kerja berjamaah seperti mesyuarat, usrah, program dan sebagainya tak seperti janjinya kepada takbirnya itu tadi malah ada yang tak ambil kisah….takbir kuat kerja tak buat.
Memang mudah kita menyebut kalimah agung ini tapi kenapa dan mengapa isu negara yang terbentang luas memihak kepada perjuangan Islam ini langsung kita tidak syarah untuk turun kebawah menerangkan kepada masyarakat setempat sekurang – kurangnya di kampung kita….inilah masa masanya kita menunaikan tuntutan ALLAHU AKBAR itu.
Realitinya laungan takbir telah menjadi kemestiaan dan tradisi bagi pendokong PAS dimana – mana program samada berbentuk dalaman ataupun luaran bagi menyemarakkan perjuangan.
Teman teringat diera tahun 80an dulunya dalam satu majlis ceramah Almarhum Dato` Fadzil Mohd Nor dikawasan Gopeng dimana ketika dalam ucapan almarhum yang padu dan bermantiq dengan isu mutakhir negara ketika itu….sering diganggu oleh seorang yang bersemangat dengan laungan takbirnya bertalu – talu didepan pentas lalu disambut oleh hadirin yang hadir dan menyebabkan almarhum berkata ` Ya Sheikh…Islam tidak pernah dengan ashik bertakbir sahaja tapi kita mesti menunaikan tuntutan itu untuk bekerja memenangkan Islam ``….akhirnya membuatkan saudara kita yang kesukaannya bertakbir itu tadi diam tanda faham….akhirnya ucapan almarhum berjalan dengan baik dan sekali – sekala terdengar hadirin bertakbir.
Ada satu majlis yang dihadiri oleh Mursyidul Am PAS..ketika tuan guru berucap seorang veteran PAS diibukota Kuala Lumpur yang terkenal dengan gelaran `Pak Din Hancor ` sering menyebut ` hancor umNO ` lalu tuan guru berkata ` itu juga sebahagian doa kita kerana terlalu banyak umNo membuat kerosakan dimuka bumi ini `` lalu disambut lanungan takbir hadirin.
Teman nak ceritakan dalam satu program teman dengan mufti Perak DS Dr.Harussani dulunya….terkadang – kadang teman ` getek `kerana nampak macam bersama perjuangan Islam tapi dot dot dot….pernah berdensing telinga teman….beliau menyebut bahawa `` saya malas nak menerima jemputan program di Kedah kerana tak habis – habis….takbir takbir takbir…katanya ``…..dalam hati teman kata ` orang tua ni kalau aku menjawab….malu pulak dia ``….akhir teman diam tanda mengawal kemarahan teman tadi.
Semoga kalimah Allahu Akbar terus bergema memenuhi segenap penjuru semesta….bermulalah episod baru politik negara….negara akan disajikan dengan pemerintahan Islam yang syumul.
Moga negara akan dilimpah dengan segala kerahmatan dan kemuliaan dari Allah SWT.
0 comments:
Post a Comment