Thursday, March 11, 2010

WAJAH BAS BANDARAYA IPOH

Sempena dengan lahirnya blog teman yang tak tersohor ini,ada kekawan mengusik ingatkan Khalid Samad yang heboh satu Malaya baru – baru ini….tapi rupanya Khalil Samad, budak kelahiran  sebuah pekan yang terkenal dengan lakse kuale dan cendol rupanya !.
Apa – apa pun teman mengucapkan terima kasih kepada komen – komen yang dilontarkan.
Bila bercakap hal lakse kuale,teman nak offer bagi teman – teman diluar Perak yang ingin nak pekena lakse tu boleh bertanya teman dulu dimana  kedai – kedai,warung – warung mana yang sedap.Teman bukan apa takut – takut tak sedap dan  yang malunya teman.
Ada kawan teman keroje di KL yang teman rekomen kedai lakse yang sedap 2 tahun yang lalu,sejak hari itu dia 2 minggu sekali  balik ke Kuale hanya pekena lakse tengahari dan petang terus balik KL.Fanatik betul dia dengan lakse.
Tetapi kawan sekerja teman yang blognya nama` budak ipoh timur ` tu lebih fanatik dari yang fanatik.Manchester menang dengan AC Milan awal subuh tadi dengan bangga terus sms teman dan entri dalam blognya.Teman minat juge tapi ` berpasai `.
Kita tinggalkan lakse dan Manchester buat sementara kerana kali teman nak bawa mengkeme [ enkauorang ]   ke Stesen Bas Medan Kidd, Ipoh bagi menjenguk keadaan bas disana.
Dulunya teman Pengerusi Pengguna – Pengguna Bas Ipoh bersama NGO yang lain buat satu Jawatankuasa Bertindak membantah pemindahan Terminal Bas Medan Kidd ke Medan Gopeng.Berapa kali kami nak jumpa Mr.MB Perak ketika itu Tajol Rosli jawapannya   ` hampeh `.
Acapkali kali kami buat sedang media,laporan BPR masa tu,Dato` Subramaniam dan Dato` Prof.Hamdan [ SUHAKAM ] datang ke situ dan akhirnya kami bawa isu ini ke Parlimen.Jawapannya tetap ` tak ngombeng ` yang bermaksud tak berubah.
Ramai pengguna merungut kerana dengan pemindahan ini menyulitkan urusan orang – ramai dari satu tempat ke tempat lain , malah kos tambang yang tinggi tetapi tidak dihiraukan oleh pihak berwajib.Pengguna tahu kroni didahulukan,projek diutamakan.
Tajol Rosli membuat kenyataan media, dia kata pemindahan ini dibuat kerana stesen bas Medan Kidd kotor dan memalukan kepada pelancung,tapi teman jawab pada pihak akhbar bahawa yang buat kotor bukannya pengguna tetapi kurang pedulinya pihak kerajaan dan penguatkuasa tempatan.
Teman bukan apa, sebelum terminal bas ini berpindah ke Meru Raya,tengok – tengok le rupa bas pekan….sekali tengok terasa penumpang ini berada dizaman dalam filem ` Peristiwa Bukit Kepong ` dimana bas dibakar oleh komunis.
Kalu mengkeme tak percaya datang le ke stesen bas hari ini….pastinya mengkeme terkagum rupa bas yang seantik ini yang masih digunakan di pekan yang bernama Bandaraya Ipoh.
Teman bukan hendak sedapkan cerita sahaja ! atau ` nyepet nyelit `                                [ menyembunyikan sesuatu ]tapi ini kisah benar.

0 comments:

Post a Comment

No comments:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More