Saturday, November 13, 2010

UKHWAH DALAM PAS SUDAH HILANG ?

Teman pinjam  kata – kata ` sanggahtoksago` untuk kepentingan umat sejagat, teman menyanggah, berani kerana benar, melawan arus tidak semesti karam`.

Sesuai dengan katatema teman ` menongkah arus tidak salah….yang salah arus menongkah…teman bercakap sekali mengenai ` ukhwah ` yang diperhatikan sudah hilang dalam kamus perjuangan.

Kita semua mengaku membawa risalah kebenaran dan keadilan….dan kita semua adalah bunga – bunga yang mekar ditaman….adakala bunga itu cantik dan berbau wangi, adakalanya pula berbau wangi tetapi tidak cantik dan ada juga kedua – duanya tidak cantik dan berbau wangi….tetapi bunga – bunga ini yang telah mengindahkan taman – taman perjuangan Islam ini.

Ramai diantara kita juga mengaku telah lama berjuang diladang yang subur ini iaitu ` Parti Islam Se Malaysia ` PAS.

Bagi prinsip teman lebih baik kita kalah dalam berpilihanraya dan menguasai kerajaan dalam masa yang sama ukhwah kita mantap lagi jitu. Apa erti kemenangan dalam keadaan ukhwah yang kita sekian kalinya terungkai akibat rasa tidak selesa kepada habuan kemenangan. Mungkin pandangan ini agak keterlaluan…tetapi bagi teman ukhwah merupakan senjata penting dalam mana – mana perjuangan Islam.

Teman perhatikan dalam konteks negeri Perak ini  perkara ukhwah ini mempunyai 3 fasal iaitu ukhwah sebelum kemenangan, ukhwah semasa kemenangan dan ukhwah selepas rampasan kemenangan. Memang tidak dinafikan ukhwah dimasa belum diberikan kemenangan hebat dan sehebatnya….tetapi ukhwah selepas fasal itu seolah – olah ada ` something wrong ` dalam bersahabat dalam berjamaah.

Parti mengangkat si polan bin polan sebagai kepimpinan atau memilih pimpinan atau ahli sebagai calon dalam pilihanraya. Tetapi kenapa kita mengabaikan prinsip ` harap ada percaya ada ` kini bertukar kepada ` harap ada percaya tidak `maka disinilah berlaku krisis keyakinan ahli kepada kepimpinan. Kenapa kita cari kesalahan demi kesalahan orang yang kita pilih dan kenapa pula kita tidak memaafkan jika ada tindakan salahlaku dengan memberikan teguran yang beradap dan bukannya secara konflik berklip – klip dalam organisasi.

Adakah kita ` perfect `. Apa salahnya kita memberikan kasih sayang kepada kepimpinan atau wakil rakyat tadi….jangan kerana mungkin inginkan posisi itu kita bertindak mencari kesalahannya….sehingga menafikan kebaikan yang ada pada diri mereka.

Dr. de Bono dalam bukunya mengambarkan kepimpinan yang kita akan mestilah diberikan ketaatan dalam masa 4 musim iaitu musim panas, musim bunga, musim sejuk dan musim luruh….itu dalam konteks iklim di Amerika dan barat, manakala kita di khatulistiwa ini kita seharusnya memberikan ketaatan kepada pemimpin pada setiap musim termasuk musim buah – buahan juga kita bersama kepimpinan yang bermaksud susah dan senang diharungi bersama. Inilah keberatan orang yang berjuang.

Tahun depan tahun pemilihan dan pilihanraya semakin hampir….sudah ada terdengar sok sek sok sek yang menunjuk ada unsur  membina ` line up ` atau kabinet bayangan dalam organisasi – organisasi tertentu. Teman bimbang jika ada situasi ini berlaku akan merungkaikan ikatan ukhwah sesama sahabat dalam organisasi.

Suatu yang malang jika ada dikalangan pimpinan dan ahli bawahan yang beranggapan bahawa penyertaan kita menyertai pilihanraya kerana tidak mahu melihat umNO itu menang mudah….ingat jika yang beranggapan demikian mereka berjuang untuk kalah dan bukannya untuk menang kerana mengabaikan prinsip ukhwah dalam mencapai keredhaan Allah.

Paling bahaya dalam organisasi ialah memilih kepimpinan kerana banyaknya ` fulus ` tokoh itu terkadang – kadang parti dan organisasi takut menegur sebarang kesalahan yang dilakukan jika ada kerana segan dengan alasan banyak sungguh sumbangan wang ringgit yang diberikannya kepada parti dan organisasi tadi. Penyakit ini nampak jelas berlaku di kepimpinan atasan parti.

Sepatutnya parti mencontohi tokoh seperti Cikgu Abdul Wahab Abdul Rahman, bekas exco Dewan Pemuda PAS Pusat yang di teranjang kesana ke mari tetapi dimana sahaja beliau berada sudah pastinya benih – benih cawangan PAS ditubuhkan di seluruh negara...kali terakhir teman mendengar ucapannya semasa ucapan penanguhan beberapa tahun ketika muktamar berlangsung di Kedah….tokoh ini berkata ` pemimpin hari ini kebanyakannya jiwanya kecil `…..kalah berpilihanraya bersembunyikan diri malah katanya zaman Rasulullah sahabat menegur dengan mengangkat pedang sebagai kasihnya mereka kepada perjuangan dan mereka tiada kepentingan selain mencari keredhaan Allah semata – mata.

So begitu tidak salah kiranya teman dan kita semua menegur kepimpinan  tanpa mengangkat pedang …..tetapi hanya gigi dan lidah sahaja dan beradap.

Teman boleh bersetuju dan kagum dengan isu – isu memperkasakan parti dan memperkukuhkan kerjasama Pakatan Rakyat dan menentang sebarang bentuk kezaliman ke atas umat Islam , menjaga adab tahaluf siasi dan kepentingan antarabangsa.

Ukhwah suatu perkara yang mesti dan penting, lebih – lebih ukhwah kepimpinan dalam hadharah berorganisasi. Kesepaduan ukhwah membuatkan kekuatan berjamaah dan keberkatan oleh Allah SWT. Walaupun kuat dan gagahnya  organisasi, tetapi tanpa ukhwah maka  hilang keberkatan.

Ukhwah bukan perkara yang boleh dibuat – buat, ukhwah bukanlah dimasa berpelukan  mengucapkan tahniah diantara siapa yang menang dan kalah, ukhwah bukanlah  berpelukan meraikan kemenangan berpilihanraya, ukhwah bukanlah berpegang tangan ketika berdemontrasi, ukhwah bukanlah menepuk meja tanda setuju tetapi ukhwah ialah satu tindakan hati yang bersih, suci kepada seseorang yang dikasihi.

Hari ini lihat dengan jelas kenapa ada anggota parti dan jamaah mulai sangsi dengan kepimpinan tertinggi malah sudah berani menyerang didalam tulisan samada blog peribadi dan perbincangan terbuka. Sebenarnya pemimpin mesti memulakan perubahan ini.

Teman bercakap berdasarkan pengalaman yang kerdil dalam berorganisasi, namun begitu diperlihatkan persoalan ukhwah dianggap remeh temeh dikalangan pimpinan samada Pusat, Negeri, Kawasan dan seluruh peringkat parti.

Siapa yang bersalah?. Ada dikalangan pimpinan yang membawa sebarang ketidakpuashatiannya dalam organisasi dan semangat musyawarah tertentu kepada khalayak ramai dan disambut oleh pendengar lalu menghebahkannya dan ditokok tambah bagi menyedapkan maklumat. Ianya menjadi lebih menarik ditahun – tahun pemilihan parti. Pimpinan  parti di semua peringkat mesti berdada lapang dan profesional dalam tindakan serta buangkan ` ego centrix ` masing – masing.

Persoalan RAHSIA juga menghantui  persoalan yang belum selesai. Ada dikalangan pimpinan mudah sangat membuka cerita perbincangan kepada umum akhirnya dikalangan yang mendengar membuat andaian negatif dan salah kepada pimpinan yang terbabit. Ini realiti.

Akhlak mulia teras kekuatan ukhwah Islamiah.

Rasullah SAW itu sangat cantik pekertinya. Tidak sekali berlaku kasar dan menyakiti hati para sahabatnya. Kerana baginda sedar kekuatan ummah ini sangat bergantung kepada kekuatan mahabbah dan ukhwah. Pekerti yang terpamer melahir ikatan yang amat teguh di hati Pekerti yang terpuji membuahkan hasil yang amat erat dikalangan umat Islam. Apabila diselurusi sirah perjuangan baginda, Rasullah terlebih dahulu mempersatukan kaum ansar dan khazraj menjadi kaum ansar. Kemudiannya mempersatu kaum muhajirin dan kaum ansar menjadi kaum umat yang satu. Iaitu umat Islam.

Jelas pertautan kasih sayang dan hati adalah elemen penting dalam ukhwah Islamiah. Tanpa mahabah , sudah tentu tidak akan lahir buah-buah pengorbanan. Kita ini jemaah islamiah.. Jemaah yang memperjuangkan agama. Pak Hamka ada berpesan " akhlak itu adalah buah dari agama". Seharusnya kita meneliti kembali sejauh mana kita menjaga dan mengutamakan sahabat seperjuangan.

“Maka disebabkan rahmat dari Allah lah kamu berlaku lemah lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar , tentulah mereka akan menjauhikan diri daripada sekeliling mu, kerana itu maafkanlah mereka. mohonkanlah ampun bagi mereka , dan bermusyuarahlah dengan mereka dalam urusan itu. Kemudian apabila kamu membulatkan tekad , maka bertawakalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang bertawakalkepadanya”
Ali-Imran :159

Jelas betapa pentingnya ikatan ukhwah ini. Jelas Allah SWT memerintahkan kita agar tidak keras lagi berhati kasar di dalam pengurusan. Semua ahli jamaah bekerja dan sama-sama berasa akan kesusahan. Sesungguhnya yang menjadi mengubat luka dan duka adalah daripada wajah manis sahabat, kata-kata yang menyejukkan dan mendorong. Tergabungnya kita dalam kelompok jemaah ini adalah mengharapkan sesuatu. Sesuatu itu dinamakan (sakinah) ketenangan dan kemanisan jemaah. Ikatan ukhwah mahabbah fillah hanya akan terbina apabila akhlak yang mulia terpamer. Justeru adalah kita ini digesa agar benar benar mengamalkan dan mentarbiyah diri dengan budaya ahklak yang mulia.

“Allah SWT mempunyai bijana bumi ini iaitu HATI. HATI yang paling Allah kasihi ialah hati yang paling lembut,paling bersih dan paling cekal. Paling cekal dalam agama, paling bersih dalam keyakinannya dan paling lembut kepada saudaranya”  -Saidina Ali Kwj

0 comments:

Post a Comment

No comments:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More