Wednesday, November 24, 2010

MANUSIA MENGAWAN !!!

Sampai ke ofis tadi sebelum memulakan kerja rutin harian teman membuka email untuk tindakan pentadbiran segera selepas tu ziarah  ke  blog kekawan untuk dapat isu – isu terbaru mutakhir negara.
Dalam banyak – banyak cerita teman tersenyum sorang diri membaca blog kekanda teman Dr. Wahab Arbain tu menceritakan kisah ` kucing mengawan `habis satu rumah kelam kabut dibuatnya.
Beliau seorang yang sukakan tumbuh - tumbuhan ….katanya `` sebelah petang, kemaskini benih-benih semaian ``. Entah berapa kali kemaskini. Ini semua kerana gara - gara  musim kucing mengawan.
Almaklum.... sebelum mengawan pasangan kucing tu berkelahi dulu. Lepas mengawan pun berkelahi lagi. Itu dah nature kucing. Itu tak jadi masalah….yang jadi masalah ialah bila berkelahi mereka berkejaran lintang pukang. Habis semaian dilanggar…. banyak tunas-tunas patah dan punah. Nak dimarah, mereka tu kucing. Nak dimaki, kita yang gila. Marah dan maki kucing adalah dosa kering. Dah nasib manusia. Kucing mengawan, kita yang susah.
Maknanya teruk jugak kucing tu  dari musim cicak mengawan….kerana bila cicak mengawan  tengah dok  syok JKKK nonton berita TV3 dan RTM atau baca Utusan Meloya…tiba – tiba ` melengkung ` pasangan cicak tu terjatuh kerana mungkin stail makamnya lebih ….jatuh atas suratkhabar  atau atas  tv tu tadi.
Itu kucing mengawan satu kebun lintang pukang....tak pe lagi kot, boleh setel lagi. TAPI kalau " kucing kepala hitam" yang mengawan , masalah satu negara. Lepas mengawan "bertelur" merata-rata dalam tandas, depan sekolah, macam-macam ada....depan masjid pun ada.
Mari kita lihak pulak manusia….memang manusia bukan musim mengawan tapi musim majlis berkahwin….malah musim berkeinginan seks manusia berlaku tiap – tiap hari…. yang halal dengan halalnya mungkin posisi malamnya….yang haram pulak  dan dosa lagi berlaku tiap – tiap saat di negara ini. Maknanya manusia ni lebih teruk dan kejam dari haiwan.
Kucing mengawan berkelahi dulu….tapi manusia buat zina tak payah kelahi  sebab macam – macam mendorong maksiat ada didepan mata dan siapa pun tak peduli….nak kondom pun ada sebab kilang kondom pun ada....silap - silap dikedai kampung pun ada dijual.
Dulu teman terkejut dengan info terbaru Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara [ JPN ] Datuk Alwi Ibrahim mendedahkan peningkatan Anak Luar Nikah [ALN] yang didaftarkan ke Jabatan Pendaftaran Negara: [ Berita Minggu : 21 Mac ]
2007 : 16,100 anak luar nikah
2008 : 16,541 anak luar nikah
2009 : 17,303 anak luar nikah
2010 : Angka rasmi belum diperolehi

Beliau juga menyebut bahawa dalam tempoh 5 tahun terakhir Jabatan Pendaftaran Negara telah mencatatkan 74,723 anak luar nikah yang membabitkan orang melayu Islam . Fakta ini tidak termasuk kes buang bayi yang dilaporkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Sepanjang tempoh yang sama [ 5 tahun ] , seramai 214,033 bayi luar nikah didaftarkan dengan status anak tidak sah taraf termasuk kes anak yang tidak berbapa dari pelbagai bangsa dalam negara kita .

Teman bimbang  paparan  ini satu lagi episod kebinasaan dan kemusnahan yang sedang deras melanda negara . Membunuh sistem nilai dan memasung maruah ummah . Segalanya angkara nafsu yang tidak dipandu oleh wahyu . Hidup dalam satu sistem politik dan sosial yang terhindar dari petunjuk Allah swt dan pedoman sunnah Rasulullah saw.

Siapa kata bahawa isu keruntuhan moral ini hanya berlaku di bandar – bandar besar sahaja. Penyakit  telah menular kebandar-bandar kecil  termasuk kampung – kampung juga tidak terkecuali , malah ada yang lebih parah. Teman pernah membaca suatu kajian yang membuktikan bahawa kes juvana yang terjadi di kawasan Felda juga  mengatasi kes di sesetengah kawasan bandar dan ini merupakan suatu petanda yang membimbangkan.

Masihkah kita peduli.

Suatu kajian  pernah dibuat beberapa tahun oleh seorang pakar kanak-kanak dan remaja daripada Universiti Kebangsaan Malaysia. Hasil kajiannya terhadap 887 pelajar perempuan yang berisiko tinggi di sebuah negeri telah menggoncangkan seluruh lapisan masyarakat. Daripada 887 pelajar, hanya seorang sahaja yang mengaku tidak pernah mengamalkan hubungan seks bebas!

Itu belum lagi dilihat pada pecahan yang melakukan aktiviti lain seperti mengambil minuman beralkohol, menonton video lucah, ponteng sekolah, bercumbu dan berasmara dikhalayak ramai, bertatu dan sebagainya!.

0 comments:

Post a Comment

No comments:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More