Saturday, November 6, 2010

SOMBONG PUTRAJAYA

Keputusan pilihanraya kecil DUN Galas dan Parlimen Batu Sapi telah diketahui. Ianya menampakkan ketempangan demokrasi dan pencabulan media terhadap PAS dan Pakatan Rakyat.

Tiada ada yang perlu dibanggakan oleh Bn dalam pilihanraya tersebut. Seperti biasa jika masih ada perogolan demokrasi dengan dibantu oleh kompenan Bn seperti Media, Rasuah dan kedunguan SPR, maka selagi itulah Bn berada gah dipersada politik tanahair.  

Keputusan di Galas bukan satu yang mengejutkan kerana, sebelum ini pilihanraya kecil Manik Urai yang merupakan kubu kuat PAS pun,  hampir PAS tewas dengan majoriti 65 sahaja.  Begitu juga sebelumnya ketika PRK Pengkalan Pasir merupakan kubu kuat PAS tewas dan dapat tawan kembali dalam PRU 12.
Pemimpin Pakatan Rakyat janganlah terlalu banyak berpolitik dan jangan sekali – kali abaikan kepentingan rakyat. Budaya mewar – warkan dan memperbesarkan – besarkan konon – konon selepasa PRU 13 menguasai Putrajaya juga menyebabkan jentera parti  terasa dibuai mimpi lunak dan akhirnya membuatkan Bn yang memiliki kompenan rasminya iaitu media, diskriminasi dan rasuah bersiap siaga menghadapi.
Gah  suara 16 September pun masih terkial – kial untuk menjawabnya.
Elok juga kalinya teman nak bercakap mengenai sombongnya manusia kepada penciptanya.
Teman ni tak sombong….lagi pun apa le yang teman nak sombongkan kerana yang ada hanya gigi dan lidah sahaja.Mungkin Allah SWT uji dengan kekayaan mungkin teman juga dalam kategori sombong.Itu yang teman takutkan. Nauzubillah.

Sombong bermaksud dirinya hebat dan terasa kelebihan yang ada pada diri sendiri, kemudian ditambah dengan sifat suka menghina dan merendahkan orang lain. Orang sombong memandang rendah manusia lain kerana berasakan sesuatu kelebihan yang ada pada diri mereka.

Ini ada cerita nama pun cerita kisah  teman masa bebudak dulu dan....seorang kerabat raja….almaklumlah Bukit Chandan kan tempat ramainya kerabat diraja. Pada satu hari sedang ` Engku ` ini menyucikan kereta  ` sport ` barunya tanpa atap….tiba – tiba teman dan kekawan pegang lampu depan keretanya…..buat main mengamuk lagi ` engku ` ini marah dan  halau kami disuruh main  jauh – jauh daripada keretanya. Teman nampak dengan sombongnya dia  membersihkan tempat yang kami pakat – pakat pegang tadi….kemain sombong lagaknya. Tiba – tiba nak jadikan cerita sepasang ayam jantan betina yang mungkin nak ` beromen `  melepaskan tahi keatas tempat duduk keretanya….apa lagi ` riuh sekampung ` engku ni mengamuk. Kami usahlah kenang ` punya mengekeh - ngekeh ` ramai – ramai. Nakalnya teman masa itu.

Begitulah sombongnya Iblis yang enggan sujud kepada Nabi Adam. Tidak cukup dengan kesombongannya kepada Allah, lalu ia menempelak: “Mana bisa aku bersujud kepada manusia, kerana aku dijadikan dari api yang mulia, sedangkan Adam dijadikan dari tanah yang hina.

Teman nak beritahu semua bahawa penyakit sombong ini sebenarnya boleh  menyerang sesiapa saja, baik lelaki atau perempuan, golongan bangsawan atau bawahan, berjawatan tinggi ataupun pengemis di jalanan. Kadang – kadang penyakit sombong ini terkena kepada yang bergelar ustaz – ustaz samada yang bersama jamaah Islam apatah lagi yang bernama umNO.

Sombong yang paling keji ialah bersifat sombong terhadap Allah dan mempertikaikan hukum – hukum yang terkandung dalam al-Quran, antara manusia yang pernah sombong terhadap Allah ialah Namrud dan sekarang ini diikuti oleh pembesar – pembesar kuffar seluruh dunia.

Ada juga yang bersifat sombong kepada Rasul dan ajarannya seperti tidak mengiktiraf rasul yang diutus Tuhan kerana kemiskinan dan kehinaan keturunan, seperti Firaun yang mengaku dan menganggap dirinya tuhan, tidak mengaku Nabi Musa rasul utusan Allah.

Teman ni bukan apa ada juga dikalangan pimpinan jamaah Islam yang teman perhatikan ego dan lagaknya melebihi pimpinan yang berfaham sekular. Mereka ni sebenarnya bangga dengan jawatan dan kadang – kadang berpura – pura dalam tindakan. Kepada yang berkenaan berikanlah kasih sayang kepada jamaah dan orang bawahan  yang mereka ini hanya miliki Allah dan Rasul sahaja.

Malah ada dikalangan pimpinan tersebut yang bijak menyusun bicara dan hebat kertas kerjanya dan berkata bahawa ` pimpinan boleh menegur dan ditegur `. Realiti sebenarnya masih ada yang cakap tak serba bikin mula melenting apabila ahli atau pengikut menegur dalam majlis - majlis tertentu walaupun secara berhemah.

Orang sombong seumpama ini, menghendaki dirinya selalu dihormati oleh orang lain terutama ketika di khalayak ramai, oleh anak muridnya dan orang bawahannya serta sentiasa meminta diberi layanan mulia.

Yang malang lagi terlalu mudah jika ada kepimpinan jamaah Islam menggunakan perkataan kunci bagi   menyanggah pandangan ahli – ahli bawahan ` hai syeikh….ana Ketua, saya Pengerusi, ana Pengarah, saya Setiausaha dan sebagainya sehingga menguriskan perasaan sesama jamaah dalam organisasi itu….masih adakah lagi ukhwah Islamiyyah.

Lebih malang  dan ajaib  dikalangan orang bawahan pula sombong dengan kepimpinan atasan. Dimana silapnya tarbiyyah itu. Teman pernah menyanggah seorang yang bergelar ` orang bawah ` beliau menyatakan bahawa pimpinan mesti menegur sapa dan bersalam dengan orang bawahan….barulah orang bawahan sayang kepada mereka….hujah itu betul….tapi tiada salahnya orang bawahan juga memulakannya kerana itu juga sebagai sindiran kepada orang atasan yang mungkin ego dengan jawatannya.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Tidak akan masuk neraka, orang yang di dalam hatinya ada seberat sebiji sawi darinya iman, dan tidak akan masuk syurga yang di dalam hatinya ada seberat biji sawi darinya sombong.” (Hadis riwayat Muslim dan Abu Daud)

Justeru, hendaklah memeriksa diri sama ada tujuh perkara yang membawa kepada penyakit sombong ada pada kita atau tidak. Penawarnya ada di tangan sendiri kerana penyakit sombong hanya akan memakan diri.
Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud:

“Orang yang sombong, keras kepala dan takbur, akan dikumpulkan pada hari kiamat, dalam bentuk semut yang kecil, yang dipijak mereka oleh manusia, kerana hinanya mereka pada Allah.” (Diriwayatkan oleh Al-Bazzar dari Abu Hurairah)

Kekalahan PAS di Galas, bukan bererti kita menjadi malas untuk berjuang, sebaliknya kita mesti bersemangat untuk menggalas amanah ummah di negara ini untuk menggantikan umNO  sebagai wadah perjuangan orang Melayu di negara ini. PAS  tidak akan membiarkan rakyat menjadi mangsa kezaliman Umno terhadap rakyat sehingga kualiti hidup rakyat semakin teruk. Kenaikan harga barang, jenayah bunuh meningkat, perzinaan, maksiat berleluasa  dan  buang bayi meningkat dan sebagainya yang menghantui negara.
 PAS mesti berusaha untuk bekerja dengan lebih kuat. Kita perlu sekat kemenangan mereka, dengan kita mesti bekerja kuat untuk menangkis fitnah dan menerangkan wadah perjuangan kepada masyarakat. Sudah cukup mandat yang mereka perolehi selama 53 tahun menyebabkan anak cucu kita terutamanya yang akan menanggung beban.
Kegigihan PAS dan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat yang bekerja dalam pilihanraya tanpa diupah adalah merupakan satu kekuatan, berbanding dengan umNO. Mereka hanya menumpang tuah jentera kerajaan, jika diharapkan jentera Umno maka sudah lama umNO berkubur.

0 comments:

Post a Comment

No comments:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More