Saturday, July 3, 2010

USTAZ SHUIB PERGI MENEMUI TUHANNYA

 Al Fadhil Ustaz Haji Shuib Husin, Timbalan Yang Dipertua Kawasan Kampar dan juga Timbalan Pengarah Jabatan Pilihanraya Perak telah meninggal dunia di Hospital Kampar jam 1.20 pagi hari ini.
Almarhum Ustaz Haji Shuib Hussin telah teman kenali sekitar tahun 1986 lagi ketika selalu bertemu dalam program PAS Negeri yang diadakan di pejabat Perhubungan Negeri berhampiran kediaman Menteri Besar Perak di rumah C.C.C Ipoh.

Kekerapan bertemu dalam program – program seumpama itu mendatangkan kasih dan ukhwah yang baik diantara teman dan almarhum.
Teman pernah bersama dengan almarhum dalam tugasan kerja – kerja sempena Pilihanraya Kecil DUN Bayu dalam Parlimen Baling [ berhampiran dengan Kampung Memali ] sekitar tahun 1987 dimana Almarhum Ustaz Yusof Ismail bertanding disitu.
Hubungan teman dengan almarhum semakin akrab apabila pernah bersama sekali lagi dengan almarhum dalam Pilihanraya Kecil Parlimen Kuala Kedah pada tahun 1988 dimana Ustaz Halim Arshat sebagai calon dan kami berdua bertugas sepenuh masa disana.
Teman pernah bersama dengan almarhum dalam kerja – kerja pilihanraya semasa operasinya bilik gerakan negeri di pejabat Perhubungan Negeri di Kuala Kangsar [ berhampiran stesen bas ] beberapa tahun dan selepas itu jentera ini mempunyai pejabatnya sendiri di Jalan Taiping, Kuala Kangsar sebelum berpindah secara rasminya ke Air Kuning, Taiping.
Semasa Al Fadzil Ustaz Azizan mengundurkan diri sebagai Pengarah Jentera Pilihanraya Negeri [ kini jabatan ] almarhum dilantik sebagai pengarah baru jentera tersebut.
Ketika itu almarhum menawarkan kepada teman untuk memikul amanah sebagai Setiausaha Jentera PIlihanraya Negeri dan akhirnya teman menolak kerana alasan ingin memberikan tumpuan teman sebagai Setiausaha PAS Kuala Kangsar. Walaubagaimanapun teman bersetuju menjadi sebagai Penolong Setiausaha jentera tersebut dan pihak pimpinan melantik Ustaz Abdullah Husein sebagai setiausahanya.
Kenangan manis serta suka dan duka dalam mengharungi padang pilihanraya bersama almarhum telah banyak mengajar teman, malah turut bersama dengan seorang lagi pakar bilik gerakan pilihanraya iaitu Cikgu Radzi Yeop memuncak lagi jentera tersebut.
Sikap bersantai dan mesra dan mudah ` joke ` sesama kawan dan lawan membuat semua senang dengan almarhum. PAS Perak dan seluruh kawasan-kawasan kehilangan seorang pejuang yang begitu gigih dan sangat pakar dengan kerja-kerja pilihanraya. Pemergian almarhum sangat dirasai oleh seluruh ahli PAS di negeri Perak. Almarhum seorang yang sangat mudah menerima undangan bagi memberi kursus atau taklimat yang berkaitan dengan pilihanraya, al Marhum jarang menghampakan jemputan-jemputan tersebut.
Minatnya sangat mendalam dengan kerja-kerja pilihanraya, setiap kali ada pilihanraya di manapun, beliau pasti yang terawal sampai berkampung di DUN tersebut dan juga yang terakhir meninggalkan dun selepas berakhir pilihanraya.

Pengorbanan dan semangat juangnya inilah yang wajar dicontohi oleh ahli-ahli PAS terutamanya generasi muda. Semangatnya mengatasi anak-anak muda PAS dalam kerja-kerja pilihanraya.
 
Semuga sumbangannya dalam perjuangan Islam akan diterima oleh Allah sebagai amal solehnya dan semuga almarhum akan ditempatkan bersama para syuhada dan solehin. Amin Ya Rabbal Alamin. AL - FATIHAH.

0 comments:

Post a Comment

No comments:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More