Tuesday, July 13, 2010

BUAH KUINING : Siri 3 - Tenangkan Tension Anda

Sekarang ini sudah mula  musim buah kuining atau kuini  di beberapa daerah di negeri Perak ni dan telah dijual dibeberapa pasar tani di sekitar bandar Ipoh.

Seisi keluarga jangan lepaskan   peluang membeli walau pun mungkin diantara mereka belum pernah pekena buah ini, malah mungkin ramai yang tidak tahu keujudan buah ini khususnya generasi celik komputer kerana lebih nampak buah apricot, kiwi, dan sebagainya kerana buah ini dikategori buah tua atau kampung. Maklum le…anak didikan penjajah Lord Reid katakan.

Kalaulah dasar Islam pun ` deme `tak buat – buat tak nampak….apalah sangat buah kuining ini. Malang sungguh nasib buah kuining ini.

Buah kuining ini setakat nak chalange rase dengan mangga india, manga epal, mangga siam jawabnya dengan tenang kuining ternyata lebih sedap.

Itu belum lagi teman bercakap mengenai jenis - jenis daun untuk dibuatkan ulam ataupun beberapa jenis masakan silam orang Perak seperti gulai kemahang dan lain - lain lagi.

"Sedapnya buah kuining kan..." sapa seorang wanita yang kelihatan perutnya hamil 3 - 4 bulan…semacam mengidam gamaknya `` bisik hati teman yang nakal ni `` yang tak teman kenali semasa  membeli kuining di Pasar tani dekat kawasan perumahan di Ipoh semalam.

Buah kuining memang sedap…baunya....masyalAllah  satu batu boleh mengancam  udara dan hidung. Buah ini lain sikit dengan buah macang kerana buah macang  atau bacang tapi bukannya disebut bajang rasenya kurenggg sikit….tapi macang ini kalau dibuat sambal belacan,,,,fulamakkk!....  pendekata kalaulah Bung Mokhtar makan mesti berselera punya….kalau Zizie lalu belakangnya pakai baju transparent  pun ….dia tak perasan punyaaa ``.
Baunya sebenarnya lebih harum daripada ` perfume ` atau pewangi  jenama luar negeri yang dipakai samada Rosmah Mansor ataupun selebriti tanahair. Tak kan mereka nak pakai bauan ni sebab tak standard semacam bedak sejuk yang hanya dipakai oleh wan – wan, opah, nenek kat kampong aje. Cucu kat Bandar pun ` meluat ` dengan baunya….inikan pula orang yang bernama.

Untuk pengetahuan buah kuining ini….kelemahannya memang ada iaitu ada sikit bisa bagi mereka yang tak tahan dengannya. Maklum le macam umNO jugak….mana – mana yang masuk umNO tak tahan bersamanya….pasti memberontak kerana  tak dapat projek bukan umNo le namanya.

"Kalau orang tak tahan bisa satu badan ni..kawan teman  pun tak berani makan " kata penjual sambil memasukkan kuining ke dalam beg plastik.

Kawan teman mengusik…mike ni nyembang pasei buah kuining pun mesti umNO yang kena tak pasei pasei `` teman kata kat dia….itulah luas isu negara….pendekata belajor tajwid pun boleh kekena kat umNo ``.
  
Kekadang teman terfikir…..kalau – kalaulah buah ini tidak di komersialkan semula atau tidak dipromosi kepada generasi akan datang….jawabnya hilanglah gah atau namanya dipersada buah – buahan tempatan. Lagi pun takde teman lihat sehingga hari ini gambo buah ini atau buah machang dalam banyak – banyak gambor buah – buahan tempatan baik didalam buku maupun poster – poster yang dijual dan dijadikan ` frame ` di ruang dapur atau ruang makan rumah yang pernah kita lihat.

Begitulah juga dulunya ada – ada ura – ura nak inggeriskan pelajaran sains dan matematik, alamat bahasa melayu akan hilang indentitinya atau maruahnya bangsa melayu….akibat tangan – tangan pemimpin melayu umNO itu sendiri. Mujurlah rakyat bangun membantah.

Cintailah buah - buahan tempatan termasuk  kuining, macang, pulasan , pala, binjai dan buah - buahan tua yang sewaktu dengannya. Jangan pinggirkan mereka.  Itu belum teman sebutkan buah geduaq, buah kantor dan lain - lain lagi `` sure ` pening generasi muda kerana namapun pelik dan ganjil.

Kalaulah ada gerakan anti Samy [ GAS ], gerakan anti Najib [ GAN ], gerakan anti Zambry [ GAZ ], kempen cintai alam sekitar, kempen cintai 1 Malaysia dan lain - lain, maka perlu ada juga gerakan cintai buah - buahan tempatan yang berstatus tua atau kampungnya tadi.

0 comments:

Post a Comment

No comments:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More