Wednesday, July 14, 2010

PENYAKIT HATI ORANG BERJUANG



Seminggu ini  teman dapati ramainya yang komen dalam tulisan masing – masing tentang insiden kekecohan  diwaktu Majlis Perasmian Mesyuarat Agung umNO Bahagian Sungei Petani dan menganggap lagak mereka tidak ubah seperti MIC dan kuncu – kuncunya, malah adanya yang syok sendiri dengan insiden tersebut.
Teman ingin menongkah arus [ MAAF DENGAN IZIN ] bukan untuk menyanggah tetapi ingin mengingatkan kita semua yang mengaku membawa risalah perjuangan yang murni ini bahawa dalam jamaah Islam mungkin akan melakukan perkara yang sama jika aspek keikhlasan dan amal jamie tidak dipertekan.
Ini semua masalah hati dan kerana hati juga membawa kawan menjadi lawan dan lawan menjadi kawan. Kita jangan terlalu banyak berpolitik dan menunding kesalahan orang lain.
Sebenarnya  orang berjuang tidak nampak bahawa masalah hati ini sedang menyerang orang yang berjuang lebih – lebih lagi diambang Putrajaya yang impi – impikan.
Kekadang berdasarkan pengalaman teman yang kerdil dalam erti perjuangan melihat masalah hati menyebabkan organisasi jamaah menjadi mandom, malah penyakit ini juga membuatkan kawan – kawan dalam jamaah terpinggir dalam mana – mana organisasi jamaah.

Memiliki hati yang tenang sebenarnya trandormasi kepada kecerahan wajah yang dibaluti Nur Islam [ cahaya Islam ] pada setiap umat Islam.

Memiliki hati yang tenang juga pasti akan mudah dan murah melakukan senyuman dan membuat pertimbangan dengan orang lain. Persoalan ketenangan hati bukan suatu barangan yang boleh dijual beli.
Mantapkah ukhwah kita jika sekiranya ada pihak dalam jamaah menongkah arus atau ` berlaga angin ` dalam membuatkan keputusan dan akhirnya menganggap si polan bin si polan bukan orang aku atau sebagainya dan lebih meruncingkan lagi keadaan pihak yang bersama dengan kita yang tak tahu hujung pangkalnya turut bersama dalam krisis kepimpinan ini.
Terkadang kita kurang faham diantara ` kawan dan organisasi ` kerana ada juga kerana kawan walaupun ianya melakukan  kesilapan dalam  organisasi tetapi kerana kawan kita pertahankan tanpa memberikan nasihat dalam konteks berhadharah orgainsasi tadi. Ini kenyataan.
Maka utuhkan kesatuan organisasi dan jamaah.



1 comments:

salam, saya setuju. saya sudah lama dlm perjuangan. saya memerhatikan masalah hati ini yg tidak ditumpu oleh pejuang2 Islam. mereka iri hati. suka dipuji. dll sifat keji dlm hati yg bermahraja lela. kalau Hindu kagum dgn kesederhanaan Gandhi. Islam era moden pula kenapa sunyi dgn sifat terpuji dlm hati?

Post a Comment

Wednesday, July 14, 2010

PENYAKIT HATI ORANG BERJUANG



Seminggu ini  teman dapati ramainya yang komen dalam tulisan masing – masing tentang insiden kekecohan  diwaktu Majlis Perasmian Mesyuarat Agung umNO Bahagian Sungei Petani dan menganggap lagak mereka tidak ubah seperti MIC dan kuncu – kuncunya, malah adanya yang syok sendiri dengan insiden tersebut.
Teman ingin menongkah arus [ MAAF DENGAN IZIN ] bukan untuk menyanggah tetapi ingin mengingatkan kita semua yang mengaku membawa risalah perjuangan yang murni ini bahawa dalam jamaah Islam mungkin akan melakukan perkara yang sama jika aspek keikhlasan dan amal jamie tidak dipertekan.
Ini semua masalah hati dan kerana hati juga membawa kawan menjadi lawan dan lawan menjadi kawan. Kita jangan terlalu banyak berpolitik dan menunding kesalahan orang lain.
Sebenarnya  orang berjuang tidak nampak bahawa masalah hati ini sedang menyerang orang yang berjuang lebih – lebih lagi diambang Putrajaya yang impi – impikan.
Kekadang berdasarkan pengalaman teman yang kerdil dalam erti perjuangan melihat masalah hati menyebabkan organisasi jamaah menjadi mandom, malah penyakit ini juga membuatkan kawan – kawan dalam jamaah terpinggir dalam mana – mana organisasi jamaah.

Memiliki hati yang tenang sebenarnya trandormasi kepada kecerahan wajah yang dibaluti Nur Islam [ cahaya Islam ] pada setiap umat Islam.

Memiliki hati yang tenang juga pasti akan mudah dan murah melakukan senyuman dan membuat pertimbangan dengan orang lain. Persoalan ketenangan hati bukan suatu barangan yang boleh dijual beli.
Mantapkah ukhwah kita jika sekiranya ada pihak dalam jamaah menongkah arus atau ` berlaga angin ` dalam membuatkan keputusan dan akhirnya menganggap si polan bin si polan bukan orang aku atau sebagainya dan lebih meruncingkan lagi keadaan pihak yang bersama dengan kita yang tak tahu hujung pangkalnya turut bersama dalam krisis kepimpinan ini.
Terkadang kita kurang faham diantara ` kawan dan organisasi ` kerana ada juga kerana kawan walaupun ianya melakukan  kesilapan dalam  organisasi tetapi kerana kawan kita pertahankan tanpa memberikan nasihat dalam konteks berhadharah orgainsasi tadi. Ini kenyataan.
Maka utuhkan kesatuan organisasi dan jamaah.



1 comment:

  1. salam, saya setuju. saya sudah lama dlm perjuangan. saya memerhatikan masalah hati ini yg tidak ditumpu oleh pejuang2 Islam. mereka iri hati. suka dipuji. dll sifat keji dlm hati yg bermahraja lela. kalau Hindu kagum dgn kesederhanaan Gandhi. Islam era moden pula kenapa sunyi dgn sifat terpuji dlm hati?

    ReplyDelete

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More