Thursday, July 22, 2010

KETAWALAH : JANGAN MENANGIS DISANA

Gambar hiasan

Malaysia memang terkenal sebuah negara yang  diwarnai dengan hiburan. Pendekata celik sahaja mata hiburan.... hiburan le sepanjang hari. Seronoknya duduk di Malaya ini.
Dari satu siaran tv ke siaran tv termasuk radionya  semua membawa dan mendidik rakyatnya untuk leka dan lupa  siapakah diri mereka sebenarnya. Malah yang dipertontonkan itu tidak banyak membentuk minda dan mempertajamkan minda.
Kebanyakan siaran tv biasanya bermula dengan doa dan berakhirnya pula dengan doa, tapi diawal selepas doanya bermulanya hiburan demi hiburan yang melalaikan.
Siaran tv di Malaysia juga dikategori dipenuhi dengan beraneka jenis lawak jenaka bodoh  dan senda gurau yang agak keterlaluan. Malah bermacam  macam siaran berbentuk sukaneka seperti  roda impian, sehati berdansa dan sebagainya dan disana percampuran lelaki perempuan yang mengambarkan 1 Malaysia ataupun Malaysia Boleh sahaja.

Siaran kanak – kanak pula kebanyaknya mendidik kanak – kanak kearah hidup bersosial tanpa agama seperti rancangan tom – tom bak dan sebagainya.
Nak tunggu tawadunya pula  apabila terdapat pembesar – pembesar negara  kembali  rahmatullah….agak sedikit aman siaran mereka.
Terbaru siaran `Imam Muda ` kini seperti rancangan seleberiti dan berbaur hiburan. Kelihatan ada juga diselit Aznil Nawawi iaitu  tokoh imam  hiburan kanak - kanak `` tom – tom bak ` dalam rancangan agama tersebut.
Dalam entri yang lalu teman kaitkan drama – drama di Malaysia ini  sebenarnya tidak banyak mendidik rakyat terhadap kepekaan kepada masalah ummah, tetapi dari dulu, kini dan mungkin selamanya jika tiada pembaharuan semuanya berlegar  dan berfokus kepada ` Dengki, Khianat, Dendam ` seolah - olah  itulah ` attitude ` orang Melayu. Ianya berbeza dengan drama – drama yang  diimport seperti drama Korea, Oshin seketika dulu dan sebagainya.

Mufti Perak juge kena berani tegur penguasaha - penguasaha rancangan tv ini dan Pak Menteri Penerangannya sekali....sebelum ajak orang lain bersatu dan jangan berani timbulkan polemik bollywood sahaja. 

Mufti lagi ....ayat ni macam pernah dengar seperti  Abdul Wahub lakonan P. Ramlee dalam `3 Abdul ` dipaksa tidor dikadang kudaa.... ` kuda lagi ` oleh Sarimah. Fuhhh....Sarimah !....tak tahu nak nyakap dia punya  `cutting `.
Posting kali ini teman nak menyentuh perkara ` Hukum Melawak &  Ketawa Dalam Islam `.
Islam tidak melarang untuk kita berseronok dengan melawak dan bergelak ketawa. Lihatla h bagaimana kisah Rasulullah bergurau dengan seorang wanita tua.

Wanita itu berkata baginda “Doalah kepada Allah supaya Dia memasukkan aku ke dalam syurga.” Baginda menjawab “Wahai ibu, sesungguhnya orang tua tidak masuk ke dalam syurga.” Perempuan itu balik dan menangis. Baginda saw bersabda:

أخبروها أنها لا تدخلها وهي عجوز إن الله تعالى يقول إنا أنشأناهن إنشاء فجعلناهن أبكارا عربا أترابا

Maksudnya: “Beritahulah kepadanya bahawa dia tidak masuk ke dalam syurga dalam keadaan masih tua. Sesungguhnya Allah berfirman “ Sesungguhnya kami mencipta wanita-wanita syurga dengan penciptaan yang baru. Kami jadikan mereka dalam keadaan dara, yang amat mengasihi suaminya dan yang sebaya dengannya.”

(Hr Tirmizi dan al-Baihaqi dgn sanad yg hasan)

Abu Hurairah telah meriwayatkan: Para sahabat berkata “ Wahai Rasulullah sesungguhnya kamu bergurau senda dgn kami.” Baginda menjawab:

نَعَمْ غَيْرَ أَنِّي لَا أَقُوْلُ إِلَّا حَقَّا

Maksudnya: Ya aku bergurau tetapi aku tidak berkata melainkan perkara yang benar.

(Hr Tirmizi dan Ahmad – sanadnya hasan)
 
Disini Dr Yusuf Qardawi meletakkan lima etika yg perlu dipatuhi dalam bergurau senda:

Dalam Islam ada 3 perkara yang dianggap diambil hukumnya walaupun dalam keadaan melawak. Nabi saw bersabda:

Maksudnya: “Tiga perkara yang mana yg mana diambil hukumnya samaada dalam keadaan melawak atau serius: 1. Nikah 2. Cerai 3. Membebaskan hamba. ثلاث جدهن جد وهزلهن جد: النكاح والطلاق والعتاق

(Hr Abu Daud, at-Tirmizi dan Ibnu Majah – sanadnya hasan)

Sesungguhnya Allah telah mencela orang2 musyrikin yang ketawa ketika mendengar al-Quran. Firman Allah swt:

Adakah kamu hai musyrikin rasa hairan dengan ayat2 suci al-Quran? Kamu ketawa ketika mendengarnya, tidak menangis ketika mendengarnya dan kamu dengar dalam keadaan lalai.” (59 – 61 : an-Najm)

Kelima: Hendaklah melawak sekadar perlu dan tidak berlebihan.

Nabi saw bersabda:

وَلَا تُكْثِرْ مِنَ الضَّحْكِ فَإِنَّ كَثْرَةَ الضَّحْكِ تُمِيْتُ الْقَلْبَ

Maksudnya: “Janganlah kamu banyak ketawa. Sesungguhnya banyak ketawa boleh mematikan hati.” (Hr Ahmad dan Ibu Majah – sanad hasan)

Saidina Ali ra:

“Masukkan lawak dalam kata2 sekadar kamu memasukkan garam dalam makanan kamu.”

Said bin al-‘As berkata:

“Bersederhanalah dalam melawak. Berlebihan dalam melawak akan menghilangkan keindahan dan menyebabkan orang-orang yg bodoh akan berani terhadap mu. Meninggalkan melawak akan menjauhkan orang2 yang hendak bermesra dan menyebabkan orang2 yang berdamping dgn mu berasa rimas.”

Maka ketawalah sebelum kalian diketawakan disana. 

0 comments:

Post a Comment

No comments:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More