Friday, July 30, 2010

ADA KUASA TAPI TAKUT KUASA

Persidangan DUN Negeri Perak akan diadakan  pada 3 Ogos 2010.
Arahan yang dikeluarkan kepada semua ADUN tidak dibenarkan membawa masuk  laptop, kamera, video kedalam dewan semasa hari persidangan tersebut.
Inilah arahan yang ganjil dan ajaib daripada yang punya ajaib. Sudahlah tidak dikemukakan agenda malah perkara `  dunia di jari ` yang pantas  ini cuba dimundurkan akibat daripada takut kepada bayang – bayang mereka sendiri.
Udah le….pembesar suara pembangkang ditutup….yang `  mike ` penyokong kerajaan dipasang. Pendekata nak karoeke pun boleh….dunia…dunia….susah hidup Negeri Bijih Timah ni.
Sadiq Segaraga lakunan Ahmad Nisfu dipelawa makan oleh menantunya Abdul Wahub  dalam filem ` 3 Abdul `berkata ` di rumah ini ada undang – undang….menantu makan….bapa mertua mesti jadi hakim….Eh…ini bagus macam dalam  ` court `.
Teman rasa mungkin MB Perak Zambry Segaraga terlalu banyak meniru stail kepimpinan Sadig Segaraga dalam filem tu kot….itulah sebabnya macam sangat ` Kasim Petolan ` dalam kerajaannya…..` 20 persen `dan kalau kuat mengampu ` 25 persen `.
Dulu teman teringat zaman Tajol Rosli jadi MB….semua masjid seluruh Perak dibekalkan dengan ` laptop ` untuk khatib yang membaca khutbah. Banggannya Perak masa tu…..katanya Peraklah negeri pertama di Malaysia yang menggunakan I.T di masjid – masjid, tapi akhirnya laptop entah kemana….` tereban ` merata  yang kayanya pembekal dan kroni mereka.
Di Parlimen tidak begitu!.... Kenapa ya? takut sangat….kebiasaannya takut kerana salah….berani kerana benar….kata hero dan ` Juara Rakyat `. Syabas DS Nizar….hero Hindustan kalah dulu…bila sebut Hindustan nanti marah pulak mufti negeri tu kerana dia bencikan bollywood tu.
Dulu zaman DS Nizar jadi MB Perak semua sidang DUN ` Live `dan pihak media bebas membuat liputan, tapi sekarang mari pulak MB Sadiq Segaraga ni….media dikurung dalam bilik gelap dan suara dalam dewan  pun tak jelas dan nak ` shoot ` gambar pun tak nampak….udah le speaker dan  pentadbiran ala`  kongsi ` gelap `. Bukan nak mengutuk tapi nak mengata.
Ya la kenapa Zambry takut sangat.Sedangkan Parlimen lagi berkuasa boleh bawa masuk laptop, kamera, dan video.Agaknya Zambry takut ada pihak tertentu merakamkan aksi-aksi DUN terutamanya aksi-aksi ADUN BN yang seperti zaman batu. Aksi mereka mengusung Speaker Siva bersama kerusinya yang satu dunia tahu, dan cukup memalukan mereka sendiri. Kita melihat berapa ramai pula SB dalam dewan kali ini.

Untuk ADUN Pakatan Rakyat Perak sudilah teman ingatkan jaga-jaga handphone `cokia` yang ada kamera, takut-takut itu pun nanti dirampas bentara dewan.
Apa takutkan….inikan Sidang DUN Polis katakan.

0 comments:

Post a Comment

No comments:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More