Tuesday, June 1, 2010

KECAMAN TERHADAP ISRAEL : BENCI TAPI RINDU

Hari ini heboh 1 Malaya tentang serangan tentera Israel terhadap konvoi kemanusian Palestin. Masing – masing tunjuk skill dan masing – masing tampil kedepan berebut – rebut nak buat kenyataan media.

Umno yang jadikan APCO sebagai rakan karib pun dengan bangganya melenting dan menyatakan pendirian dangkalnya terhadap isu ini. Perkasa nampaknya juga bukan sahaja peka dengan melayunya tetapi juga turut menghambur kebenciannya terhadap Israel.
Syabas – syabas.
Serangan demi serangan puak – puak diatas ini sebenarnya retorik dan tembakan mereka hanya ` peluru kapur ` semata – mata. Israel hanya ` nyerogen ` sahaja, malah tidor dengkur mereka semakin kuat.
Ramai yang mengharapkan kencaman mereka ini ikhlas dan bukan kerana sentimen terlibatnya anggota atau ahli masing – masing dalam misi bantuan kemanusiaan ini. Janganlah benci dimata tetapi rindu dihati.
 Bukan lagi kecaman, jauh sekali kekesalan. Semuanya itu langsung tidak menganggu nyenyak tidur Israel. Apa yang dimahukan kini ialah tindakan ! Tindakan!. 16 nyawa bukan sedikit. Kematian mungkin telah bertambah jika dikira bilangan yang cedera.

Konvoi ini bukan konvoi tentera. Ia konvoi damai. tanpa membawa alatan senjata. Ia konvoi menyambung nyawa manusia. Jangan diharap pada Amerika! jangan diharap pada PBB. Umat Islam mesti mengembelingkan tenaga membina kegerunan Yahudi yang bermaharajalela dan membabi buta!
Mana tidaknya sepanjang demontrasi aman membantah tindakan jahat Amerika dan Israel yang diadakan di bumi Malaysia , tanpa sebab mereka dibelasah oleh Polis mereka sendiri. Sejarah di Malaysia bukan sahaja isu Amerika dan Yahudi diperlakukan sedemikian rupa, malah memperjuangkan hak rakyat juga terkadang – kadang turut dibelasah oleh Polis. Rakyat kata tindakan ini seperti Israel mereka menafikan dengan alasan menggangu kententeraman  dan sebagainya., Inilah realiti sebenarnya.

Umat Islam telah jemu mendengar kekesalan dari mulut pemimpin mereka. Telinga ini sudah tidak mampu mendengar kesedihan disebalik wajah hipokrit dan dayus! Mereka yang ditahan mesti dibebaskan. Dengan apa cara sekalipun. Mereka yang dibunuh mesti dituntut bela.!

Masih terlintas ingatan apabila rombongan Rasulullah cuba ditahan dalam perjalanan untu umrah. Rombongan Rasulullah ialah ronbongan damai. Tiada senjata atau tujuan membuat serangan selain ibadah kepada Allah. Namun apabila berita Saidina Usman dibunuh, para sahabat lantas berbaiah menuntut bela. Namun akhirnya kuffar itu mengalah setelah mendengar semangat dan daya juang para sahabat.

Sedikit persamaan boleh difahami dari kisah rasulullah, ia tak serupa...hakikat pengajarannya tetap besar nilainya. Mereka – mereka yang terlibat dalam serangan ini sebenarnya diberikan kemuliaan oleh Allah kerana dijanjikan `mati syahid`.
Asy-Syahid Dr Abdul Aziz Rantisi merupakan contoh terbaik dalam isu mempertahankan kemurnian Islam. Beliau dibedil oleh helikopter Apache Zionis Israel dengan peluru berpandu Hellfire yang juga telah mengambil nyawa asy-Syahid Syeikh Ahmad Yassin dua puluh enam hari lebih awal.

Sebelum kakinya melangkah keluar dari rumah kerana menziarahi keluarga selepas waktu Isyak, beliau dengan hati penuh harap berkata, "Semoga Engkau masukkan kami ke dalam syurga mu ya Allah. Inilah puncak harapanku...”

Tidak berapa langkah dia meninggalkan rumah, kedengaranlah bunyi ledakan. Ternyata helikopter Apache telah siap menunggu dan menganugerahkan apa yang didambakan oleh asy-Syahid. “Ia adalah kematian sama ada dengan pembunuhan atau barah. Tidak ada yang berubah sama ada dengan Apache atau sakit jantung. Dan aku memilih Apache..”

 “Jangan kamu menyangka mereka yang mati syahid itu mati, bahkan mereka hidup dan diberi rezeki, hanya kamu tidak mengetahuinya.”

Pendirian Asy-Syahid Abdul Aziz Rantisi terhadap perjuangan, cintanya terhadap tanah airnya bumi Palestin dan Baitul Maqdis yang suci telah sedia kita maklumi. Dia mengabdikan seluruh hidupnya untuk jihad dan untuk al-Quds. Inilah yang digambarkan oleh isteri asy-Syahid Ummu Muhammad, beliau adalah gambaran ayat Allah, "Sesungguhnya tidak dijadikan manusia dan jin melainkan untuk menyembah Dia."

0 comments:

Post a Comment

No comments:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More