Tuesday, June 22, 2010

TAHNIAH MALAYSIA , MALAYSIA BOLEH

Hari ini didedahkan ` BOOKIE VIP ` dan terdapat tujuh orang kenamaan dalam sindiket judi bola dalam talian, malah ada diantara mereka sudah lari ke luar Negara.

Baru sedar terdapat taruhan judi bola mencecah RM300.7 juta malah lebih 200,000 rakyat seluruh Negara terlibat dan 120n orang diberkas dalam Ops Soga setakat ini.

TAHNIAH : MALAYSIA BOLEH : KEPIMPINAN MELALUI TELADAN

Bagi teman berita ini tak layak dijadikan berita utama kerana itu adalah kehendak dan kemahuan pihak pimpinan negara yang bersetuju meluluskan lesen judi bola itu tempohari walaupun ditentang ramai pihak. Tanggunglah sendiri bahana dan dosanya.

Adalah lebih baik pihak suratkhabar  dedahkan berita artis yang bercerai sana – sini, anak luar nikah sana – sini atau kesukaan lelaki menyimpan seluar dalam wanita dan sebagainya.

Menyedari kepentingan ini, teman nak beritakan tentang pasukan bolasepak Perancis.
Isu boikot memboikot kini menguasai pasukan Piala Dunia Perancis. Dilaporkan terdapat pemain tidak akan turun berlawan dengan pasukan tuan rumah iaitu Afrika Selatan dalam perlawanan terakhir dalam Kumpulan A tersebut. Ini adalah gara – gara aksi hambar mereka menentang Mexico dan Uruguay.

Perkara ini telah dinyatakan sendiri oleh jurulatihnya iaitu Raymond Domenech. Malah sebelum ini pasukan tersebut telah mengugurkan penyerang mereka  Nicolas Anelka  daripada skuad Piala Dunia 2010 Perancis selepas dilaporkan menyelar dengan memaki hamun jurulatih Raymond Domenech, demikian menurut Persekutuan Bolasepak Perancis (FFF).

Akhbar Perancis, sports daily L’Equipe, mendakwa penyerang Chelsea yang berusia 31 tahun itu dilaporkan memaki hamun Domenech dengan menggunakan perkataan tidak baik membabitkan ibunya di dalam bilik persalinan, selepas jurulatih itu tidak berpuas hati dengan prestasinya pada separuh masa pertama ketika menentang Mexico.
Inilah semangat kesukanan adakala menang dan adakalanya kalah.

Mereka jangan jadi seperti Bn dan umNO BILA sahaja kalah berpilihanraya dan hilang negeri, maka dengan pantas mereka tidak boleh menerima hakikat kekalahan.

Pasukan Perancis mesti berjiwa besar seperti jiwa parti politik pembangkang khususnya PAS di Malaysia ini, tiap – tiap kali masuk berpilihanraya kalah dan terus masuk dan kalah, walaupun  mereka sedar akan berdepan dengan musuh tradisi iaitu padang  sengit sebelah kerana pengadil perlawanan pun ` senget sebelah ` dan disokong oleh jentera kerajaan , malah terus bertanding dan dengan tenang dan sabar  berjaya.

Nampaknya penyakit politik umNO dan BeEND kini telah meguasai dunia termasuk sukan yang berprestij ini.

Dulunya kita dengar mana – mana rakyat yang tidak bersama atau menyokong dasar kepimpinan negara mereka di ketepikan atau maksud lainnya boikot daripada menerima subsidi, bantuan kebajikan dan sebagainya dengan alasan mereka ini pembangkang.

Rakyat masih hairan dengan sikap  majoriti ahli parlimen Barisan Nasional tidak menyokong Budget 2010 yang telah dibentangkan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak.Tindakan 70 orang ahli parlimen dari 137 (1 lagi adalah Speaker) yang tidak hadir semasa sesi undian bagi kelulusan budget berkenaan  mengambarkan bahawa mereka memboikot atau menolak bajet berkenaan.

Hanya 66 orang sahaja yang hadir bagi menyokong usul budget 2010 diluluskan hanya dengan majoriti 3 undi sahaja, Rakyat melihat bahawa komitmen yang ditunjukan oleh ahli parlimen BN semakin rapuh dan mereka kini sudah tidak memperdulikan lagi kehendak dan keperluan rakyat.

Ini belum kita dipaparkan masalah dalaman parti kompenan mereka yang nampak serius bergolak dan sentimen boikot dan memboikot menjadi trend sekarang ini.

Parlimen gagal dimanfaatkan sebagai tempat untuk membela rakyat dan mereka boleh hadir atau tidak sesuka hati sedangkan gaji serta elaun mereka dibayar penuh mengunakan wang rakyat.

Penyakit kronik mereka jangan berjangkit kepada Pakatan Rakyat kerana ia boleh menjejaskan keyakinan rakyat di masa hadapan.

Kepimpinan pakatan pula jangan terlalu banyak berpolitik dan jangan sekali – kali belum  ` gong ` pilihanraya berbunyi sudah ada terdenga si polan bin polan untuk dinaikkan sebagai PM, MB, Exco dan sebagainya. Jika ada dan sebenarnya  memang ada di kalangan tertentu yang sibuk menyuarakan perkara ini dan mereka di anggap dikalangan ` bodoh sombong ` dan mereka berjuang untuk kalah dan bukannya untuk menang.
Ingatlah rakyat masih terluka dalam diam terhadap kesilapan menyebabkan jatuhnya kerajaan sah rakyat di Perak hasil tangan – tangan jijik kerana wang dan nafsu buruk mereka.
Benarkah kita bersedia ?. Samada kita sedar atau tidak sedar  atau sengaja tidak mau sedar bahawa kita sebenarnya masih dot dot dot. Sendiri mau fikirlah.
Perjuangan kita untuk rakyat dan bukannya untuk kepentingan peribadi atau parti yang diwakili.

0 comments:

Post a Comment

No comments:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More