Friday, April 2, 2010

KEMPEN PEDULI REMAJA

DIMANAKAH ANAK – ANAK ANDA SEKARANG ?
Teman  terpanggil untuk berkongsi diskusi mengenai keruntuhan moral di kalangan remaja setelah saban hari didedahkan dengan pelbagai karenah remaja yang semakin menakutkan di akhbar-akhbar utama negara.
Kajian menunjukkan semua tempat yang berstatuskan keruntuhan moral dan akhlak seperti dadah,seks bebas,anak luar nikah,bohsia,bohjan,GRO,lepak dan sebagainya menunjukkan remaja melayulah yang berprofil tinggi.Teman ingatkan hanya orang politik sahaja yang berprofil tinggi melakukan rasuah dan seks.  Mungkin inilah kepimpinan melalui teladan yang dimaksudkan itu.

Masihkah kita peduli.
Peribahasa ` Jangan menjaga tepi kain orang ` tidak boleh digunakan lagi.Kerana masing – masing kena ` ambil peduli remaja ` kerana tanpa peduli masyarakat sudah pasti remaja ini akan terus dikancah maksiat dan dosa.
Sembang – sembang masyarakat dahului menganggap bahawa isu keruntuhan moral ini hanya berlaku di Bandar – Bandar besar sahaja. Namun kini  telah menular kebandar-bandar kecil  termasuk kampung – kampung juga tidak terkecuali , malah ada yang lebih parah. Teman pernah membaca suatu kajian yang membuktikan bahawa kes juvana yang terjadi di kawasan Felda juga  mengatasi kes di sesetengah kawasan bandar dan ini merupakan suatu petanda yang membimbangkan.

Masihkah kita peduli.
Suatu kajian  pernah dibuat beberapa tahun oleh seorang pakar kanak-kanak dan remaja daripada Universiti Kebangsaan Malaysia. Hasil kajiannya terhadap 887 pelajar perempuan yang berisiko tinggi di sebuah negeri telah menggoncangkan seluruh lapisan masyarakat. Daripada 887 pelajar, hanya seorang sahaja yang mengaku tidak pernah mengamalkan hubungan seks bebas!
Itu belum lagi dilihat pada pecahan yang melakukan aktiviti lain seperti mengambil minuman beralkohol, menonton video lucah, poteng sekolah, bercumbu dan berasmara dikhalayak ramai, bertatu dan sebagainya!.
 
 Kita renung sejenak dalam isu rokok dikalangan pelajar.Mereka dengan tenang menghisap rokok secara kumpulan di khalayak ramai,malah berani membaling punting rokoknya dilangkah terakhir dipintu masuk kesekolahnya.Mereka sedar diluar pintu pagar sekolah merekalah raja segala raja.Lebih menghairankan jika seorang pelajar ponteng atau keluar daripada sekolah lalu di hardik atau ditengking guru dan mereka jatuh dan tercedera,maka guru tadi boleh didakwa oleh ibubapa pelajar tersebut.Inilah peraturan yang membingungkan rakyat.
Masihkah kita peduli.
Dimanakah peranan Kementeriaan Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.Kementerian Pelajaran.Janganlah kita asyik berpolitik untuk mengejar kedudukan politik sahaja dan  mengindahkan slogan semata - mata  dan memandang mudah dan sunyi terhadap permasalahan ini.

Pedulikah kita.
Teman melihat matapelajaran Agama Islam atau Pendidikan Moral hanya untuk melepasi kehendak peperiksaan semata – mata,lebih – lebih lagi subjek hanya untuk melengkapkan gred A didalam sijil peperiksaan sahaja.Pelajar perempuan boleh menutup aurat sepanjang sesi persekolahan,tetapi diluar waktu persekolahan mereka kembali membuka aurat.Dimanakah silapnya ?.Ini menunjukkan mereka hanya mengejar impian peperiksaan,tetapi bukan untuk mempratikkan sesuciaan Islam.
Adakah ini kebanggaan  Islam Hadhari,I Malaysia, Rakyat Didahulukan ataupun generasi kebanggaan kita Wawasan 2020.

Jawapannya sudah terjawab didalam kitab suci Al - Quran.

0 comments:

Post a Comment

No comments:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More