Monday, January 17, 2011

WAJAH TENANG CALON PAS

 Naib Ketua Dewan Muslimat PAS Johor, Normala Sudirman (gambar) diumumkan sebagai calon PAS mewakili Pakatan Rakyat untuk bertanding dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (Dun) Tenang, 30 Januari ini.
Beliau yang dilahirkan di Kampung Serom 3, Muar Johor ini merupakan anak sulung daripada lima orang adik beradik.
Normala, 38 merupakan seorang guru lulusan Maktab Tuanku Bainun, Pulau Pinang sebelum meletakkan jawatan pada akhir 2010 kerana mahu menumpukan sepenuh masa kepada tugas parti.

Bapanya, Sudirman Suratman merupakan bekas ketua peserta Felcra dan juga pengerusi koperasi Felcra Sekijang manakala ibunya Mukmini Yahya juga merupakan peneroka Felcra.

Beliau yang mesra di kalangan penduduk setempat dengan panggilan Cikgu Mala, mendirikan rumah tangga dengan Makrof Abd Mutalib dan mempunyai tiga orang anak…..Normala mula bergiat aktif dalam PAS selepas tamat pengajian di maktab pada tahun 1997.

Pada tahun 2000 beliau dilantik sebagai Ketua Dewan Muslimat PAS Labis.

Selain Ketua Muslimat Johor, beliau juga merupakan Exco Pendidikan Dewan Muslimat PAS Pusat.

Kini beliau menumpukan kepada usaha membantu masyarakat Labis setelah dipertanggungjawabkan sebagai penyelia pusat aduan rakyat Dun Tenang.
Ya..sekarang calon PAS telah kita kenali….kita tunggu pulak calon Bn….agak – agak mereka juga akan meletakkan calon betinanya untuk berdepan musuhnya itu.
Bila wanita menjadi calon Tenang ini pastinya suasana akan lebih tenang, damai, sejuk dalam kelembutan dan semangat juang mereka pun agak tinggi.

Masa inilah nak tengok puteri - puteri umNO bertambah ` gedik ` lagi....kalau yang bertanding itu lelaki puteri - puteri yang bukan macam puteri ni terlompat - lompat dan tergedik - gedik...apatah lagi kalau yang bertanding tu orang perempuan umNO...bayangkan sendiri....puak - puak jantannya pulak lagi gedik.

Calon PAS wajahnya pun tenang dan keluarganya jugak menjiwai perasaan susah payah dan pahit getir peneroka felcra…..kita tunggu pulak calon Bn….yang pastinya wajah dan lagak imej mereka mesti semacam Rosmah atau sekurang – kurangnya ` sangka ribut ` seperti Mashitah Ibrahim ataupun segopoh Umi Hafilda.
Yang pastinya beliau bukanlah adik beradik penyanyi tanahair Allayarham Sudirman Haji Arshad tu.
La ni…supaya berfokus dan berkampung di Tenang, Labis…pendekata masa ini inilah umNO bercakap mereka juara rakyat dan terkadang – kadang macam pijak semut tak mati lagak mereka ataupun kentut tak berbunyi bagi menandakan  ` rakyat didahulukan `.
Kepada pengundi barang diingatkan bahawa calon PAS ini nukan selebriti atau mencari glamor seperti Normala Samsuddin tu….tapi beliau adalah bakal penyeri kepada rakyat dan membawa suara hati rakyatnya dan bukan peribadi….kerana beliau jawatan itu amanah dan bukannya seperti pemimpin umNO dan Bn kerana jawatan mereka hanya mengisi kekosongan jawatan sehingga lupa diri disana nanti akan dipersoalkan dihadapan Allah nanti.
Syabas Cikgu Mala….jangan anda gentar dan ` cuak ` kerana umNO atau wanita umNO  hanya gah dilipstik tapi berkarat pada wajah dan hatinya.
Blog dengantenang.blogspot.com mengucapkan tahniah untuk pengundi DUN tenang.

0 comments:

Post a Comment

No comments:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More