Wednesday, January 26, 2011

KEMPEN BUDAYA BERCAKAP POLITIK

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pernah berkata, kekalahan adalah motivasi untuk terus berjuang lebih kuat bukan berpatah semangat….biarpun kalah dari sudut undi,namun Pakatan Rakyat tetap menang dari aspek moral.

Perjuangan menegakkan kebenaran melawan kebatilan katanya tidak boleh berhenti selagi manusia itu masih diberi peluang untuk hidup.
 
Selagi hidup kita di muka bumi ni masih ada, perjuangan menegakkan syiar Islam mesti diteruskan.… Nabi Muhammad saw berjuang selama 23 tahun dan ia harus diteruskan dalam semua aspek.

Sokongan pelbagai kaum kepada Pakatan Rakyat jelasnya cukup membuktikan Pakatan Rakyat adalah wadah terbaik rakyat negara ini.
 
Justeru itu jangan takut alami kekalahan kerana  kekalahan itu menurutnya menjadikan ikatan antara parti dalam Pakatan Rakyat semakin kukuh berdepan Pilihan Raya Umum akan datang.

Sebelum ini TG Nik Abd Aziz pernah menyebut dan   mengingatkan pendokong dan petugas parti  bahawa perjalanan kita masih jauh dan ianya memerlukan komitmen dan pengorbanan tinggi seluruh pendokongnya.

Dalam pada itu kebimbangan kita kerana ada segelintir pendokong jamaah Islam ini tidak serius dan hanya bangga menjadi anggotanya sahaja.Kita lihat sejenak bahawa banyak isu mutakhir negara memihak kepada Pakatan Rakyat dan Islam itu sendiri.Sejauh mana kita yang mengaku memperjuangkan kesuciaan Islam ini dan berusaha memberikan maklumat dan penerangan kepada masyarakat.

Teman teringatkan apa yang pernah ditulis oleh Tuan Haji Subky Latif dalam suatu artikel bahawa Islam tidak akan menang selagi solat Subuh tidak seperti solat Jumaat.Ini mengambarkan bahawa kerja amal islami memerlukan kekuatan diri dan mental.

Terdapat ada diantara kita hanya bersemangat bercakap isu semasa hanya dikalangan sesama sendiri di markaz,masjid, surau sahaja, bila berdepan dengan mad`u atau masyarakat ada diantaranya mengelakkan diri dari bercakap kebenaran.Malah kalau kita peka terdapat banyak artikel dan isu semasa dalam internet yang boleh ambil untuk sebaran kepada masyarakat.

Setiap ahli ahli PAS jangan menjadi juara sesembang sesama sendiri….jika dilihat kita hanya mampu berhujah akan kejahatan umNO selepas solat maghrib menantikan solat isya di markaz, masjid, surau semata – mata ….tetapi bila berdepan masyarakat setempat seolah – olah ` pijak semua tak mati ` lagaknya….konon – konon tawadu le tu.

Berdasarkan pengalaman teman masih ada dikalangan anggota jamaah termasuk kepimpinan rasa malu dan tiada inisiatif untuk mengambil kesempatan menterjemahkannya dalam bentuk tindakan untuk edaran isu dan maklumat ditengah – tengah masyarakat.

Jika di Perak…. kita lihat contoh dengan  komitmen dan kesungguhan YB Dr. Lee Boon Chye,YB.Chan Ming Kai dan termasuk YB. Dr.Jeyakumar berpanas terik mengedarkan risalah isu semasa kepada jamaah yang keluar solat Jumaat dibeberapa masjid di sekitar Ipoh.Kita sedar bahawa apa yang  mereka buat tidak menjanjikan pahala atau ganjaran daripada Allah SWT.

Malang bagi kita yang mengaku beriman dan yakin dengan perjuangan hanya mampu   mengucapkan tahniah sahaja kepada mereka.Jangan sampai masyarakat dilanda dungu dan sangsi kepada perjuangan Islam ini.Ini adalah salah kita sebenarnya.Ingatlah ` information is power `.

Ada dikalangan pimpinan juga hanya bijak berpidato,berseminar,berkertas kerja,berdiskusi dan sebagainya,tetapi turun ke bawah dengan alasan demi alasan.Terkadang – kadang  yang dapat hanya ` political mileage ` semata – mata.Juga ada diantara mereka gah dengan jawatan dan mewah dalam tindakan.
Pimpinan yang terbaik ialah pimpinan yang mampu melahirkan.Idola teman ialah Cikgu Abdul Wahab [ Pimpinan PAS Kedah ] yang ditendang kesana kemari mengajar jauh dan dekat mampu menubuhkan cawangan sehingga mengerunkan lawan.

Kita hanya pandai menyalahkan orang lain menggunakan media,ajensi kerajaan dalam memberikan penerangan batil mereka,tetapi kita hanya bangga menjadi penonton setia dan mencemuh diatas tindakan mereka.

Rebutlah peluang ini dan kerana sebenarnya rakyat dan masyarakat ramai merindui sentuhan kita dan bukannya retorik kita.Giatkan kempeni budaya bercakap kebenaran dan bercakap politik  kerana kita semua adalah duta - duta ditengah - tengah masyarakat.

Yakini bahawa ` yang batil akan pergi apabila datangnya kebenaran `.

0 comments:

Post a Comment

No comments:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More