Monday, September 27, 2010

CEK REPLIKA

Heboh satu Malaya isu PAS Kelantan mendapat `replika cek`  berjumlah 4 billion dari  syarikat IDA World Group Sdn Bhd (IDA World).
Teman  terkejut  belalang dan cacibou  aje….tapi tak sampai terkejut  beruk macam kawan – kawan yang lain….mana tidaknya   bukan sebab  PAS Kelantan dapat replika cek tu tapi amaun yang tertera tu..di `sumbang` kan oleh syarikat bumiputera…wah hebat dah ada syarikat  bumiputera yang bertaraf ` tak tahu nak cakap ` banyaknya ….KAYA KAYA KAYA.
Melayu ni jenisnya kalau dah kaya kebanyakkannya tak nampak akhirat….yang nampaknya dunia….kan melayu tak hilang di dunia katakan. Teman bukan apa kalau puak – puak ni betul – betul kaya baik belikan sahaja kelab bolasepak Manchester United tu….sebab di Malaya ni banyak stikers kereta berlambangkan MU daripada ayat – ayat Quran. Dalam pada tu bolehlah pemain negara beraksi di Old Trafford tu…baru ada kemajuan….ini tidak lawan Nepal dan Timor Leste pun belum tentu menang….buat malu kompeni.
Teman bukanya apa….kalau PAS Kelantan dapat duit sebanyak itu…..teman tumpang seronok…. elaun teman juga naik sebab dah lama jadi murabhitun nak juga merasa rumah besar, kereta besar, bini besar…. ` hisss…..kesitu pulak perginya....itu semua mainan syaitan ` nauzubillah. Lupakan.

UmNO pun melejeh ayo lior deme bile mendengor duit sebanyak itu…umNO kalau mimpi dapat wang sebanyak tu pun deme dah rasa macam betul – betul berlaku….BUKAN COBAAN. Kalau le sungguh dapat duit sebanyak tu….aleh – aleh duit  lesap begitu sahaja….jawabnya bahkata orang Perak ` meraban tebin ` dah tentu jumpa doktor pakar jiwa punya.

Kali ini dah terlanjor cerita bab cek ini….teman kadang – kadang hairan dengan orang sekarang….bila sahaja majlis tandatangan MOU sibuk pulak puak – puak perempuan yang cantik – cantik dan manis – manis yang tukang gelitkan pada kertas yang ditandatangani tadi. Gamaknya kalau takde perempuan tak sah tandatangan atau dakwat pen tu terus basah tak kering – kering. Kadang – kadang di Kelantan dan Kedah juga terperasan macam ada juga. Seolah – olah seperti lagak Aziz Satar semasa skrin test untuk menjadi seniman dalam filem Seniman Bujang lapok berkata ` bagi lah perempuan….kalau takde perempuan saya tak boleh berlakun `.
Menderma adalah amalan mulia yang sangat dianjurkan dalam ajaran Islam. Ia juga satu ibadah dari segi harta sama seperti bersedekah atau menyedekahkan wang ringgit, peralatan dan sebagainya. Dalam Islam kita diajarkan kaifiyat atau tatacara berderma atau bersedekah paling baik. Dermakan dan sedekahkah yang terbaik dan paling kita sukai.

Setelah menderma jangan diungkit-ungkit. Dermakan kerana Allah, mudah-mudahan dapatlah pahala beribadah. Dermalah secara tersembunyi, dalam satu Hadith Nabi SAW yang kurang mafhumnya; tangan kanan yang bersedekah tangan kiri tidak tahu. Maknanya jangan diheboh-hebohkan keseluruh dunia. Nanti tersasar niat kita dari derma ikhlas jadi derma riya, menunjuk-nunjuk, 'ujub dan di mana nilai keikhlasan derma/sedekah kerana Allah Ta'ala itu.

Sampai ada segelintir kita mahu beri derma sekian juta bila masuk dalam TV 1, 2 dan 3. Tertera jumlah RM sekian, nama penderma dan gambar si penderma serah cek replika sebesar skrin TV paling terbesar. Konon mahu tunjuk dunia, betapa pemurah dan prihatinnya orang Malaysia .  

Derma atau sedekah baik, hatta amal ibadah yang kita lakukan setiap hari apabila ia dilakukan dengan tujuan menunjuk-nunjuk atau riya. Dari segi hukum feqah Islam amalan itu tidak ada nilainya di sisi Allah. Lantaran, kita lakukan bukan kerana Allah.

Bab mahu memberi contoh kepada rakyat supaya suka menderma. Berbeza dengan cara pendekatan yang kita ambil sekarang. Iaitu terlalu banyak publisiti yang melebih-lebih dari yang sepatutnya. Publisiti yang melampau banyak keburukannya, sebagaimana bila seorang makan terlalu banyak, akibatnya penyakit akan menyerang.

Tidak mustahil suatu masa nanti hidup rakyat dan golongan muda mudi Malaysia sekadar hidup bergaya, menunjuk-nunjuk dan membudaya sampai ke mati. Mahukah kita mendidik anak bangsa dalam budaya publisiti melampau, budaya ampu bodek, budaya suka menunjuk-nunjuk konon kitalah bangsa hebat, tetapi orang tahu sangat kelemahan kita. Sekadar suka dipuji dan sampai ke mati mahu dipuji-puji dan matipun biar terbalut dengan pujian melangit. 

Tabiat manusia memang suka dipuji, tetapi tidak layak dipuji. Hanya Allah Ta'ala wajar dipuji kerana Allah memang LAYAK UNTUK DIPUJI.

Orang umNO memang tidak suka dikritik dan ditegur, mereka cukup terasa amat bersalah bila ditegur. Itulah penyakit yang susah diubat dalam diri pemimpin umNO. Tapi bukan semua, berbeza dengan pemimpin BA dan pembangkang mereka lebih suka dikritik dan ditegur kerana memperbaiki kelemahan itu suatu proses kematangan.

Lepas tu kalau ada majlis penyampaian hadiah atau majlis sumbangan derma, maka pakat – pakat sibuk menyediakan replika yang besar – besar yang boleh nampak sebatu. Jangan sampai kertas cek replica itu lebih mahal daripada jumlah wang yang di sumbangkan….sudahlah.
Mujur le di Malaya ni….kalau ada lumba race motor dan basikal takde pemenang yang memancut arak champagne  dari atas podium membasahkan orang ramai dan meminumnya disamping gadis - gadis seksi mengapitnya. Di Malaya ni memang teringin sangat sebenornya…tapi kerana takutkan kecaman ulama – ulama PAS maka hajat tersebut dilupakan. Kalau ikut umNO semua boleh.
Dulu zaman Tun Razak semua takutkan komunis…tapi sekarang zaman anaknya Najib pula takutkan kartunis….itulah sebab kartunis Zunar ditangkap Polis dan buku kartunnya dirampas untuk dijual kepada orang ramai.

1 comments:

aduh....kenapa agaknya jadi begitu ye......

Post a Comment

1 comment:

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More