Friday, September 3, 2010

RAKYAT BUKAN KEKATU

Rakyat semakin bijak dan bermaklumat seperti sebuah keluarga mahukan anak - anak berjaya ke menara gading, tapi tidak mahu anak - anaknya sibuk urusan kepincangan negara. Anak - anak muda ini adalah rakyat yang  bertanggungjawab kepada negara kerana mereka ingin kesejahteraan. Pendekatan sihat ini dan ` peduli isu ` adalah medan cintakan negara dari terus dibelengu dari masalah yang boleh musnahkan negara. Kini rakyat di desa dan di kampung juga turut bermaklumat. Kenapa  ada pihak yang takut dengan perkembangan ini.

Kali ini teman berbicara mengenai masadepan rakyat yang bermaklumat.

Amat sedih upacara Sambutan Hari Kemerdekaan Negara ke – 53 pada tahun ini peringkat Negeri Perak yang telah diadakan di Stadium Perak, Ipoh hambar dan lesu tanpa kehadiran rakyat bagi menyambutnya bersama-sama pada tahun ini dengan terciptanya sejarah buruk yang amat memalukan.

Suasana ini dapat dilihat kekosongan seluruh sudut Stadium Perak yang memburukkan suasana sambutan pada kali ini. Bulan Ramadhan bukanlah halangan untuk rakyat menzahirkan semangat patriotisma walaupun berpuasa.
Patutlah teman hairan dan ajaib takde liputan meluas di akhbar harian dan television….` enkornya ` bukan ada udang disebalik batu, tapi ada mufti disebalik umNO. Kalau tidak gambor dia ` meyero`ngen `sahaja yang keluo.
Kalau macam tu lah kehadiran….elok sangat le buat sahaja kat stadium mini Bakri Rais kat Bota tu atau  stadium mini kat Pekan Chemor ke…barulah nampak ` grand ` sikit…ataupun koman – koman buat di stadium mini kat Pekan Tanjung Rambutan tu…boleh le warga Hospital Bahagia tu pakat – pakat datang ramai- ramai. Dato` Husni pun dapat nama juga.
Ingat Dato` Seri Z, teman nak bagitahu perintah negeri bukan senang….lebih – lebih lagi kerajaan kalian kerajaan mahkamah. Nak buat sesuatu dengan perancangan dan perancangan berdasarkan kekuatan yang ada bukannya retotik kosong lagi palsu.
Sejarah seperti ini tidak sepatutnya berulang kerana ianya amat memalukan kita yang sudah mencapai kemerdekaan yang ke – 53.

Sepatutnya kerajaan negeri mengkaji dahulu permasalahan tersebut dan pada awal lagi kempen sambutan pada tahun ini juga lesu. Inilah punca sebenarnya rakyat tidak menyambut seranan kerajaan negeri terutamanya tahun ini.
Teman dapat rasakan diantara kenapa rakyat tidak datang beramai – ramai bukanlah kerana bulan puasa, tapi sebenarnya rakyat dah terbau bahawa kerajaan yang memerintah ini hanya bersandar dan berpaut diranting yang reput kerana talian hayat mereka hanya kepada ADUN – ADUN Pakatan Rakyat yang durjana yang melompat masuk ke dalam  pagar umNO yang juga reput dan berkarat tu.
Inilah akibat rakyat yang terlalu lunak hadir ke program – program umNO dididik dengan duit poket dan nasi bungkus….nampaknya tak de peluang caterer kroni sediakan makanan kerana bulan puasa tu. Jiwa merdeka mereka dah takde yang ada MAU DUIT KA [sebut 3 X ]
Teman nak ingatkan rakyat jangan jadi seperti kekatu yang keluar bergerombolan selepas hujan. Lagaknya ramai – ramai mengerumun cahaya lampu….yang kononnya disitulah cahaya yang menerangi kehidupan, tapi kekatu ini tidak sedar itu semua semacam fatormogana iaitu palsu semata – mata kerana diwaktu yang sama pihak tuan rumah melayani mereka dengan meletakkan cili kering dilampu dan dilantainya ` sebesin ` air yang pastinya para – para kekatu akan jatuh kebawah lalu mengenyang si sang cicak yang rakus kelaparan.
Rasullullah SAW pernah menyebut `` kamu semua laksana kekatu yang menuju kea rah api yang menyala dan membakar diri sendiri, walaupun sudah banyak kawan – kawan yang dibakar oleh api itu, kekatu yang masih hidup masih menerkam ``….`` begitulah perangai kamu sehingga aku memegang kamu dan menghalang kamu supaya tidak menuju kea rah apai itu ``.
Rakyat jangan percaya dengan istilah retorik ` kami durian kamu mentimun ` tapi rakyat mesti faham dan kuat bahawa apabila durian menjadi tempoyak kamu berkuasa keatasnya dengan mentimun pula dilayak  dan mentenyihkan tempoyak pula.

Kini rakyat semakin bijak. Mereka bukan lagi seperti rakyat didalam filem ` Nujum Pak Belalang ` dalam babak pertandingan teka - teki yang bertaruhkan negara yang lambat mengira 4 x 1 itu lalu bersorak meraikan kemenangan negara Pohon Beringin itu.

Teman juga dimaklumkan banyak NGO-NGO serta badan-badan induk tidak dilibatkan dalam majlis sambutan Kemerdekaan peringkat negeri. Kalau ini berlaku ini adalah malang dalam sejarah malang.
Sebenarnya pada 8 Mac 2008 lalu rakyat negeri Perak telah pun mencapai kemerdekaan yang mutlak, tapi kemerdekaan itu telah dirogoli oleh umNO dan pewaris atau bahasa emosinya tali barut penjajah [ dengan izin ] yang bergelar Islam dan melayunya sendiri.
Inilah akibat kenapa dan mengapa sambutan kali ini bukan sahaja hambar tapi tidak bermaya kerana ini semua sebuah kemerdekaan palsu yang seolah - olah menghina rakyat yang semakin cerdik dan bermaklumat.
Yang merdeka bukannya rakyat, tapi pemimpin politik dan kroni dan proksi barisan ampuh umNO.

Teman juga mengharapkan kemerdekaan sebenar akan dikecapi dalam pilihanraya umum ke 13 nanti dan  mengembalikan semangat kemerdekaan mutlak bagi seorang rakyat yang merdeka jiwanya.

0 comments:

Post a Comment

No comments:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More