Tuesday, October 12, 2010

KASUT

KASUT memang tidak dapat dipisahkan dengan wanita. Tanpa kasut, penampilan seseorang itu tidak lengkap bahkan tampak suram kerana kasut, walaupun kedudukannya paling bawah, ia menyuntik seri selain menjadi alat keyakinan diri ketika melangkah bagi sesetengah individu.
Begitu sinonim wanita dan kasut malah terkadang – kadang seorang suami pasti sabar menunggu seorang yang bergelar isteri yang memperaga dirinya, bermake up, berpusing dan berposing seluruh badannya didepan cermin  sebelum keluar dari biliknya. Sabarnya seorang suami menungu walaupun mulut ` mengigit bibir ` tanda mengawal emosi marah namun ` penantian suatu penyiksaan `….siapa tak sayang bini oiiii….
Dulu Malaysia pernah menganjurkan Festival Antarabangsa Kasut Malaysia yang julung kali diadakan kerana menganggap acara berkenaan boleh menjadi tapak untuk memperkenalkan produk buatan Malaysia selain beliau sendiri berpeluang meyakinkan pengguna mengenai Malaysia juga mampu mengeluarkan produk kulit buaya tembaga yang terbaik.
Sehubungan itu, sanggupkah anda mengenakan kasut berharga lebih RM36,500 menghiasi kaki dan dihasilkan daripada kulit buaya tembaga dengan mutu yang sangat bagus dan cantik dipandang ketika melangkah?
Mungkin ada yang sanggup dan mungkin tidak, tetapi alah membeli menang memakai sebenarnya. Tepuk dada tanya selera kerana hanya jauhari mengenal manikam. Kenyataannya, fungsi kasut tidak boleh dipandang remeh bahkan ia adalah keperluan utama sejak zaman berzaman dalam budaya semua bangsa di dunia serta hanya anda mengetahui kasut terbaik untuk disarungkan di kaki sendiri.
Pengguna tentu berfikir banyak kali untuk membeli kasut atau produk lain berasaskan kulit buaya buatan Malaysia sepenuhnya kerana menganggap harganya pasti tinggi walaupun ia jauh lebih rendah berbanding jenama antarabangsa lain yang ada di pasaran negara ini.
Teman bukan apa hanya nak kenangkan walaupun Malaysia mampu melahirkan jenama yang baik tapi Wanita No.1 Negara Rosmah belum tentu melayani jenama tempatan ini kerana baginya produk luar negeri lebih berkualiti…pendekata kalau satu – satu manusia memakai seluar dalam murah pun tak mengapa kerana layak seluar itu tersorok ditempat yang sulit itu. Tapi manusia tidak pernah merasa puas….apatah lagi yang bernama kasut itu tempatnya lebih bawah daripada seluar dalam tadi.

“Porosus umpamanya menggunakan kulit buaya tembaga sebagai bahan utama dalam setiap penghasilan produk di premis kami selain kami turut menternak buaya tembaga bagi memenuhi keperluan pembuatan serta mengikut syarat digariskan CITES kerana buaya tembaga adalah spesies yang dilindungi.
Buaya tembaga atau nama saintifiknya Crocodylus Porosus mempunyai kulit terbaik bagi dijadikan produk seperti kasut, tas tangan, tali pinggang dan dompet kerana kulit buaya tembaga mempunyai keanjalan yang tidak mudah koyak selain nipis serta kuat.
Teman teringat zaman teman bebudak dulu masa tu muda tang - tang…pendekata teman pun macam Rosmah jugak…kasut teman semuanya bernama orang putih yang bernama clark, bailey, kickers yang harganye masa tu sekitar RM150 – 200 sepasang. Setakat kasut jenama sekaicho, bata tak main le.
Masa teman bersekolah di Sekolah Kebangsaan Sultan Idris Ke 11…bayangkan masa pergi sekolah memakai kasut kain semacam sekarang ni….tapi memakai kasut plastik yang tak basuh pun tak kisah…tapi baunya `  tak tahu nak nyakap `…. masamnya. Dulu – dulu mana ada bag – bag sekolah berjenis sekarang ini…semuanya berasaskan rotan sehingga bag pun rotan ….pendekata kalau hujan naya le buku – buku basah yang dikepitkan kat tangan laksana macam wanita sekarang mengepitkan bag tangan mereka yang berjenama leno,  latini. bonia dan lain – lain yang sewaktu dengannya.
Ada kawan teman yang sekarang ini berkecimpung dalam dunia catering masak memasak di Taiping yang bernama Man….oleh kerana Man ini dulu niaga repair kasut….maka sampai sekarang orang gelar dia Man Kasut walaupun kasut itu bukan profesionnya sekarang. Yang teman tahu dalam dunia ini hanya 2 pekerjaan orang akan panggil sampai ke mati walaupun telah berpencen iaitu Cikgu dan Doktor, tapi pekerjaan lain seperti lawyer, arkitek, pensyarah dan lain – lain selepas pencen  panggilan itu hilang begitu sahaja.
Yang kaki bola pula….kalau beli kasut mesti nak beli sebijik macam Ronaldo, Kaka, Messi walaupun tendang angin lebih banyak dari tendang bola.
Dulu teman ingat juga seorang menteri penuh yang pegang menteri perindustrian yang kini telah terpelanting iaitu Kak Rafidah Aziz yang merangkap ahli parlimen teman tu…. dulu – dulu masa Mahathir nak bersara dalam kerajaan semasa perhimpunan umNO, beliau kuat sekali ` menangis teroyark ` kerana kasihnya terlalu mendalam kepada orang tua itu berlari kearahnya hingga terputus kasutnya….gamaknya mungkin dia pakai kasut Chow Kit Road yang terlalu dekat dengan PWTC tu.
Dulu juga Presiden Amerika Bush pernah dibalingkan dengan kasut tempat kemukanya kini giliran Obama pula ketika berucap dalam kempen pemilihan democrat di Pensy baru – baru ini, walaupun bukan kasut tapi buku tapi memberikan isyarat perkara ini sebarang kebarangkalian boleh berlaku di Malaysia ini. Kalau bukan kasut mungkin lemang atau satay yang bersalut kuah kacang tu.
Sebelum ini dalam bulan Ogos yang laluKetua Menteri Jammu dan Kashmir Omar Abdullah tidak menjangka seorang pegawai kanan polis akan melempar kasut kepadanya pada perhimpunan hari kemerdekaan India di Srinagar.

Seorang penolong sub-inspektor membaling kasut kepada Omar, di Srinagar, ibu negeri Jammu dan Kashmir, semasa perbarisan hari kemerdekaan ke-64 di stadium Bakshi. Lembah Kashmir yang indah telah dirosakkan oleh rusuhan politik yang teruk dalam beberapa bulan ini berikutan para perusuh yang marah beralih kepada melontar batu di banyak bahagian di bandar raya.

Di Malaysia memang banyak melahirkan ulama – ulama kasut `terompah ` yang bidang tugasnya hanya untuk urusan qadha hajat ke bilik air, tandas dan ulama ini dipergunakan untuk memartabatkan bahawa umNO sememangkan mempunyai kecintaan kuatnya kepada Islam.

Ku Li kalau teringin terasa nak di kasutkan….mu  jadi le calon Bn di Galas tu….pendekata habis lah karier mu dalam persada politik tanahair….dan itu dihajati sebenarnya oleh pemimpin umNO. Ingat teman sebenarnya sayangkan ketokohanmu itu.

Kepada pimpinan umNO kalau terasa nak dibalingkan dengan kasut….jangan cuba – cuba menghina Islam….kalau teman ada dalam majlis itu kasut teman yang murah ini akan sampai ke muka kalian kerana prinsip teman kemarahan itu juga adalah ciri – ciri akhlak yang baik dan terpuji ketika mempertahankan Islam dari dihina. Masa itu tawaddu, bersabar, baik sangka dianggap dayus.

Berguru dengan ulama umNO….muqadimmah kitabnya `` syahadan berkata ia bahawa bersabar itu adalah akhlak yang muliaaaaa walaupun Islam dihina `.

0 comments:

Post a Comment

No comments:

Post a Comment

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More