Tuesday, August 3, 2010

SIDANG DUN POLIS BERMULA ?

Persidangan Dewan Undangan Negeri Perak dalam Mesyuarat Kedua, Penggal Ketiga, Dewan Undangan  Negeri Kali Ke 12 bermula hari ini.
Terpampang dimana – mana tempat yang berhampiran dengan Bangunan Perak Darul Ridzuan tertulis banner ` Ya Allah berikan kekuatan kepada DS Zambry daripada ancaman pembangkang yang kejam ` yang dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
Semua rakyat Negeri Perak bersetuju bahawa sepertimana biasa persidangan dibawah kerajaan DS Zambry sebenarnya milik mutlak Polis. Maknanya selepas ini boleh disebut DCP Dato` Zambry sahaja kerana mengambil semangat Polis itu.
Elok juga teman cadangkan etika pakaian sidang DUN akan datang menyarung  uniform Polis sahaja. Pakain No. 1 dress ataupun suit biasa dipakai disimpan dahulu sehingga betul – betul aman yang bergelar persidangan DUN.
Kalaulah MB Perak itu disebut sebagai DCP bagaimana pula dengan 2 ADUN katak itu. Jawabnya  Osman Jailu dan Jamaluddin berpingat bawah banyak daripada ketuanya.
Semalam semua kakitangan pejabat Kerajaan Negeri Perak di Bangunan Darul Ridzuan diarahkan meninggalkan pejabat masing – masing sebelum jam 5,00 petang kerana selepas semua bangunan SUK itu dikuasai sepenuhnya oleh Polis dan gerombolannya.
Kali ini mereka bertukar taktik tidak menutup jalan – jalan utama ke pusat Bandar dan pejabat – pejabat kerajaan kerana sebelum ini dikutuk hebat oleh rakyat yang berurusan di waktu pejabat yang berkenaan. Mereka hanya berkumpul didalam Bangunan SUK sahaja. Mungkin gamaknya mendapat nasihat daripada seorang hamba Allah  yang menjadi orang tengah perpaduan antara umNO dan PAS di Negeri Perak yang riuh baru - baru ini gamaknya.
Namun begitu semangat perpaduan ADUN Pakatan Rakyat mengambil langkah berarak bersama – sama memasuki pintu utama bangunan tersebut yang dikawal oleh Polis seolah – olah zon perang ataupun ancaman terdapat bom didalam kawasan bangunan tersebut.
Inilah sejarah sidang DUN yang pihak Polis menggunakan budibicara dan sedikit akal yang matang  mereka menjaga keselamatan  sesuai dengan tema atau mereka ` TELUS, CEKAP, BERHEMAH `. Maka amanlah Negeri Perak ini.
Yang pastinya semua telefon bimbit dan laptop ADUN tidak dibenarkan masuk kedalam dewan persidangan. Satu tindakan terbalik kebelakang dalam dunia yang global dan maju dengan I.T  ini walaupun dewan dipenuhi oleh anggota Polis.
Dato` SUK nampaknya disaksikan  sekali lagi menyalahi kuasanya dengan bertindak menguasainya sepenuhnya Bangunan Perak Darul Ridzuan tersebut. Memang tidak dinafikan beliau mempunyai kuasa di semua bangunan dan kakitangan pejabat SUK tetapi dalam Dewan Undangan Negeri pula ianya adalah kuasa kepada Yang Dipertua Dewan atau speaker. Ini tertakluk fasal 72 perlembagaan persekutuan samada Yang Dipertua Dewan Rakyat ataupun Dewan Undangan Negeri.
Apa – apa kita tunggu perkembangan selanjutnya aksi didalam Dewan Persidangan tersebut.

Kalaulah ada ` live ` alangkah baiknya.

0 comments:

Post a Comment

No comments:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More